lavojoy melancarkan produk penjagaan badan dan rambut dengan wangian eksklusif untuk kekal segar sepanjang hari.
Ikuti pengalaman peribadi Pengarang Digital EH!, Farah Ain menggunakan produk lavojoy dari Australia. Kini ia merentasi Asia untuk menakluki pasaran penjagaan diri di Malaysia.
Perkenalan lavojoy ini dicipta oleh Ron Guba, pengubal shampu yang merangkap naik sebagai ahli kumpulan ASCC ini telah bekerjasama dengan Anne Flipo, pengasas bauan lavojoy. Produk penjagaan rambut lavojoy ini menarik perhatian akan semua orang kerana rekaan kotaknya yang sangat kreatif, menarik perhatian dan instagrammable ini dibaluti dengan pembungkusan alpukat-hijau dan putih dengan ikon lukisan moden.
Rekaan ini membuatkan lavojoy berada di sisi kontemporarinya tersendiri, menampakkan sisi rekaan yang berbeza dengan jenama yang lain. Rekaan botolnya juga mesra pengguna, memudahkan ia dibawa kemana sahaja dengan saiz sederhana boleh disimpan terus dalam beg tangan! Walaupun bersaiz sederhana dan comel dipegang, percayalah bahawa kuantiti shampu dan perapi ini boleh bertahan lebih dari empat bulan.
Tanpa menunggu masa, pengarang digital EH!, Farah Ain membuka botol lavojoy untuk menghidu bau sebelum menuangnya keatas badan. “Perkara kedua yang saya suka tentang produk ini adalah baunya. Tidak hairan apabila ia dirumus khas oleh pencipta bau minyak wangi terkenal, Anne Flipo yang turut mencipta wangian untuk jenama terkemuka seperti YSL, Jo Malone & Chloe. Kedua kombo ini mempunyai aroma bauan bunga yang segar dan buah-buahan yang manis!”
Hold Me Tight Shampoo
Syampu pembersih rambut bebas silikon 0% ini mengandungi Asid Amino dan Lactobacillus, membantu membersihkan urat rambut dan kulit kepala secara lembut, menyuburkan kulit kepala dan membantu mengurangkan rambut gugur. Dirumus khas dengan formula berasaskan Asid Amino, silikon 0% dan 0% sulfat, shampu ini juga baik untuk mengimbangi PH kulit kepala anda.
Tidak itu sahaja, syampu ni juga menghasilkan buih mewah berbauan bunga manis dan buah-buahan yang segar.
Berikut adalah wangian digunakan;
Nota Atas: oren, peach
Nota Tengah: jasmin, ros
Nota Asas: musk, cedarwood
Aroma oren dan peach, memberikan nafas haruman manis manakala nota tengah dan asas memberikan bau yang amat segar. Gabungan wangian ini pasti membuatkan mandi anda terasa tenang.
Rekomentasi dari pengarang:
“Selepas saya menggunakan syampu ini, rambut saya menjadi lebih sihat dan lebat berbanding sebelum ini. Tiada lagi masalah kulit minyak dan masalah rambut gugur pun berkurang. Selalunya saya akan mencuci rambut pada waktu malam kerana ia adalah waktu yang tenang dan selesa, lebih-lebih lagi wangian baunya yang memikat.”
SOS Nourishing Conditioner
Diperkaya dengan campuran berkhasiat minyak Argan, minyak Biji Jojoba dan minyak Biji Anggur, ketiga bahan ini membantu menyuburkan kulit kepala, membaiki rambut yang rosak dan membantu mencegah kerosakan rambut.
Rekomentasi dari pengarang:
“Selepas menggunakan perapi rambut ini, rambut saya terasa lebih lembut dan bersinar. Saya selalunya sapukan perapi di hujung rambut dan sikat ia sehingga semua nutrien selaputi setiap helaian rambut dengan baik. Lepas itu saya akan membiarkannya selama 5 minit, lalu membilas rambut.”
Sparkling Daydream Body Wash
Bertekstur lembut dan buih krim ini membantu membersihkan kulit badan anda dengan menanggalkan kulit kasar, menghilangkan kekusaman dan melicinkan kulit secara efektif. Mengandungi Asid Amino, AHA, BHA, dan PHA, kombonisasi ini berhasil untuk mencerahkan kulit.
Berikut adalah wangian digunakan;
Nota Atas: bergamot, limau, lavender
Nota Tengah: oren, jasmin
Nota Asas: ambar, ambrette
Bauan kombo Oren dan Jasmin ini memberikan rasa tenang dan segar, asyik tatkala mandi. Dicampurkan dengan wangian sitrus, lavender dan ambar lantas memberikan rasa kepadatan yang selesa buat badan dan anda akan berasa lebih bersemangat.
Let It Glow Body Serum
Diperkaya dengan campuran Meadow Foaming Oil, Minyak Kelapa, Minyak Camellia dan Niacinamide ini membantu mencerahkan kulit, menghidrat dan mengunci kelembapan pada kulit anda. Teksturnya amat ringgan dan muda diserap ke dalam kulit, gunakan ni selepas mandi dan kulit anda akan menjadi licin dan kelihatan glowing.
Bauan yang tersemat dalam keempat botol ini meninggalkan bauan yang tahan lama! Kesegaran kekal sehari ini membantu mengawal punca peluh di kepala dan badan lantas memberi rasa segar dan yakin untuk berjalan tanpa risau. Alami pengamalam mandi yang eksklusif dengan pembelian pilihan penjagaan rambut dan badan di Shopee atau Lazada. Untuk maklumat terkini, ikuti Instagram @lavojoy dan laman sesawang Facebook dan Tiktok
Artikel berkaitan: Lima Sebab Mengapa Yogurt Baik Untuk Kesihatan Wanita