Lebih setahun No Time To Die ditayangkan, topik mengenai penggalas watak James Bond kembali hangat diperkatakan.
Menurut portal New York Post, aktor yang bakal menggantikan tempat Daniel Craig sebagai James Bond atau Ejen 007 adalah bintang Bullet Train, Aaron Taylor-Johnson.
Pelakon berusia 31 tahun itu dilaporkan telah pun bertemu penerbit penerbit, Barbara Broccoli — malah menjalani sesi uji bakat secara rahsia pada tahun lalu.
Satu sumber mendedahkan, sesi itu berjalan dengan sangat baik namun belum ada pengesahan rasmi dibuat setakat ini.