Duke of Sussex, Putera Harry menyatakan kesediaan untuk menjernihkan hubungan yang keruh dengan ahli keluarganya.
Dalam satu sedutan wawancara terbaharunya bersama ITV 1, Putera Harry berkata dia inginkan bapanya, Raja Charles III dan abangnya, Putera William kembali dalam hidupnya. Bagaimanapun usaha itu nampaknya tidak membuahkan hasil.
“Mereka tidak menunjukkan sebarang keinginan untuk berdamai. Saya inginkan bapa saya kembali. Saya inginkan abang saya kembali,” katanya.