Lebih setahun terlibat dalam kontroversi yang menjatuhkan namanya, tahun 2023 bakal menyaksikan Kim Seon Ho kembali aktif di layar perak.
Menurut laporan Soompi, Kim Seon Ho bakal muncul dalam filem terbaharu berjudul Tyrant di samping dua aktor tersohor, Cha Seung Won dan Kim Kang Woo.
Tyrant berkisar tentang pemburuan beberapa individu dengan motif berbeza dalam misi mencari sampel akhir ‘Program Tryrant’, projek rahsia kerajaan yang hilang sewaktu penghantaran.
Ia akan diarahkan oleh sutradara Park Hoon Jung yang terkenal dengan filem New World, Night In Paradise dan siri The Witch: Subversion.