Selepas kejayaan tiga musim You, Penn Badgley hanya mempunyai satu permintaan untuk terus membintangi musim keempat.
Menjelaskan dalam podcast miliknya Podcrushed baru-baru ini, Penn berkata dia meluahkan keinginannya kepada showrunner, Sera Gamble untuk tidak lagi terlibat dalam adegan intim demi menjaga hati isterinya, Domino Kirke.
“Sebenarnya saya telah lama membuat keputusan ini, sebelum memulakan penggambaran musim pertama lagi. Saya tidak pernah menyebut secara terbuka, tetapi salah satu perkara utama yang saya fikirkan adalah, ‘Adakah saya hanya mahu dikenali sebagai pelakon utama yang menjayakan babak ranjang?’.”