Dia menambah, “Kesetiaan dalam perhubungan terutamanya perkahwinan amat penting buat saya, dan saya berada di tahap di mana saya tidak mahu lagi melakonkan babak seperti itu.”
Walaupun berharap dapat mengelak adegan ranjang sepenuhnya, Penn menyedari permintaan itu agak tidak realistik kerana komitmennya sebagai Joe Goldberg, pembunuh bersiri yang obses terhadap seks.
“Saya telah menandatangani kontrak. Saya tahu apa yang telah saya lakukan. Saya tidak boleh membuang keseluruhan aspek ini daripada jalan cerita. Jadi soalan saya kepada mereka adalah berapa banyak babak sebegitu yang boleh dikurangkan,” katanya.