Hampir dua bulan menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga, Adam Levine akhirnya berkongsi perihal kehidupannya sebagai bapa kepada tiga cahaya mata.
Dalam wawancara On-Air With Ryan Seacrest yang disiarkan baru-baru ini, Adam secara terbuka mendedahkan perubahan yang dialaminya bersama isteri, supermodel Behati Prinsloo selepas menimang anak bongsu Januari lalu.
“Ia bagaikan zon pertahanan bak kata orang. Ia bergerak dari manusia ke manusia ke zon. Begitu begini. Ayuh. Boom, boom, boom. Ia sesuatu yang hebat! Saya suka dan menikmati huru-hara ini,” selorohnya kepada hos Ryan Seacrest.