Lapan tahun menyulam cinta, bintang K-Pop Se7en dan aktres Lee Da Hae membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Se7en dan Lee Da Hae berkongsi tentang majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung pada 6 Mei ini di Instagram, sekali gus meluahkan keterujaan mereka untuk melengkapi hidup satu sama lain.
Penyanyi berusia 38 tahun itu mengumumkan kepada 551,000 pengikutnya bahawa dia mempunyai satu khabar gembira untuk dikongsi bersama mereka.