Ahli kumpulan BTS, Jimin baru-baru ini melancarkan lagu Set Me Free Pt. 2 daripada album solonya, Face yang bakal menemui peminat pada 24 Mac 2023.
Set Me Free Pt. 2 dengan pantas mencuri perhatian pencinta muzik sekali gus memecah rekod pembelian dan penstriman di pelbagai platform utama seperti iTunes, YouTube, Melon, Amazon dan sebagainya.
Kejayaannya tidak terhenti di situ. Ia diperluas ke platform muzik global tersohor lain iaitu Spotify sehingga melakar sejarah baharu yang membanggakan buat dirinya.