‘Adakah dia suka saya?’ Anda mesti tertanya apakah ciri lelaki yang disukai oleh wanita?
Nak curi hati perempuan? Menurut tinjauan pakar hubungan, wanita lebih cenderung meminati lelaki yang memiliki rasa humor yang baik, keyakinan dan intelek yang mengagumkan. Bagaimanapun, wanita moden sukar untuk didekati dan tidak suka digoda sama sekali dengan cara yang mudah. Mereka lebih cara hard to get seperti suka lelaki yang romantis, bijak mengatur tarikh, suka menghadiahkan bunga dan melayan mereka seperti puteri dengan cara tersendiri.
Kalau ditanyakan kepada lelaki tentang apakah kualiti pasangan idaman mereka, sudah tentu banyak perkara yang terkandung dalam senarainya. Malah, ada pula yang terlupa menatap biasan diri pada cermin dengan meletakkan syarat tinggi melangit! Aduhai lelaki, jangan fikir hanya anda sahaja yang tahu memilih kerana ada kalanya wanita juga lebih cerewet dan remeh dalam soal memilih pasangan hidupnya. Fikirkan sejenak apa kemahuan golongan hawa yang tersirat atau tersembunyi daripada pengetahuan lelaki.