Masih tak cukupkah wanita yang ada di dalam hidup lelaki? Mengapa lelaki suka perempuan muda dan tidak menghargai pasangan mereka yang kini? Segalanya terjawab, konklusi EH! tentang masalah rumah tangga.
Perhubungan itu terlalu sulit untuk memahami. Khas buat suami isteri, ini 5 sebab mengapa lelaki suka perempuan muda. Bulan Mac lalu, terlalu banyak tragedi rumah tangga yang berlaku dalam kalangan suami isteri, antaranya kes curang dengan wanita muda, tidak bertanggungjawab dan sebagainya. Hal ini membuatkan para wanita bujang berasa takut untuk menamatkan zaman bujangnya, takut terpilih pula pasangan yang tidak setia pada akhirnya.
Mungkin kerumitan hal rumah tangga ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik jika lelaki – pengemudi rumah tangga, mempunyai personaliti yang matang dan berkomunikasi secara baik tentang kekurangan yang ada dalam rumah tangga mereka. Manakala wanita pula, perlulah bersikap terbuka untuk menerima kritikan dan bersama memahami keperluan suami. Jika keduanya bekerjasama membaiki rumah tangga, pasti hubungan sentiasa dipayungi pelangi yang indah dan berwarna-warni.
Jika tiada sikap bekerjasama dalam hal rumah tangga, lelaki akan bersikap semberono, mencari kembali kekasih lama mahupun mencari wanita yang lebih muda untuk melengkapi kekurangan dalam kehidupan mereka.