Masakan sempurna penampilan pagi Syawal yang bakal menyusul seminggu dua ini andai tiada semburan minyak wangi istimewa. EH! temui tiga haruman baru untuk kalian pilih.
Diptyque L’eau Papier
“Mereka haruman samalah seperti menulis sebuah buku. Anda punya kisahnya, dimulakan dengan kata-kata pembuka kemudian dilengkapkan dengan struktur cerita,” kata Fabrice Pellegrin. Samalah juga dengan haruman paling baru di Diptyque, L’eau Papier yang mana Fabrice memulakan prosesnya dengan bahan sulungnya yakni grain dan biji bijan. Minyak wangi ini dihidupkan dengan kehadiran bunga mimosa dan musk putih. Sama seperti haruman Diptyque yang lazimnya diiringi dengan lakaran eksklusif sebagai pelengkap cerita, L’eau Papier juga ada lakaran tersendiri. Hadir dalam percikan hitam putih, lakarannya diilhamkan oleh artis Perancis, Alix Waline yang mana dia bermain dengan titik-titik dan calitan cat hitam. Dapatkan haruman ini butik Diptyque atau secara dalam talian di SINI!