Cartier La Panthère
Vanessa Kirby disunting menjadi wajah masa kini mewakili haruman ikonik Cartier, La Panthère. Aroma ini mula diperkenalkan pada tahun 2014 dan kini diserlahkan kembali dengan kempen terbaru. Hadir dalam tiga versi berbeza yakni Eau De Toilete, Eau De parfum dan Parfum, La Panthère kental dengan imej sebuah haruman feminin dengan pesona bunga-bungaan. Antara yang dihimpunkan dalam sebotol haruman ini ialah chypre, gardenia serta sentuhan musk. Haruman ini adalah hasil kreasi pakar haruman Cartier sendiri, Mathilde Laurent.