Baru-baru ini dilaporkan, seorang maut kerana mengalami serangan strok haba. Dalam cuaca panas dan kering seperti sekarang, anda dinasihatkan untuk mengurangi aktiviti luar.
Berita Astro Awani melaporkan sebanyak tujuh buah negeri bakal mencatat suhu melebihi 35 darjah Celsius. Amaran telah dikeluarkan kepada orang ramai dan perlu mengambil tindakan alternatif bagi mereka yang berada di sekitar Kedah, Kelantan, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.
Bahayanya strok haba apabila suhu badan anda boleh meningkat kepada 106°F atau lebih tinggi dalam masa 10 hingga 15 minit. Strok haba boleh menyebabkan kehilangan upaya kekal atau kematian jika orang itu tidak menerima rawatan kecemasan. Maka anda digalakkan untuk mengurangi aktiviti luar dan ‘sejukkan’ badan dirumah.
Pelbagai cara yang anda boleh elak daripada terkena strok haba, antaranya ialah Do It Yourself (DIY) penyejuk udara atau amalan makan buah-buahan yang berkhasiat, sudah bertebaran info di laman sosial akan cara untuk merawat strok haba di rumah.