Diadakan selama 12 hari berturut, Cannes Film Festival yang berlangsung di Cannes, Côte d’Azur telah menyaksikan puluhan fesyen selebriti menghiasi karpet merah.
Cannes Film Festival, acara karpet merah yang paling glamor dalam kalendar tahunan, kali ini kembali sekali lagi untuk edisi ke-76 nya. Berlangsung dari 16 Mei sehingga 27 Mei, antara filem lakar yang meraih tempat di Cannes 2023 ialah filem Malaysia ‘Tiger Stripes’ hingga filem pengarah tular, Wes Anderson. Selain filem, Cannes turut mengalu-alukan selebriti senarai-A untuk menghiasi permaidani merah dengan fesyen yang memukau. Daripada penampilan santai hari yang diilhamkan oleh pantai Mediterranean di tenggara Perancis hingga ke gaun nostalgia Hollywood, Cannes Film Festival 2023 mencipta sejarahnya sendiri dengan 10 gaya permaidani merah yang tidak berkesudahan.