Minggu ini berlangsungnya Majlis Konvokesyen di seluruh universiti Malaysia, mengingatkan EH! akan 11 artis Malaysia ini yang juga mempunyai pendidikan tinggi, a.k.a beauty & handsome with brain.
Memiliki rupawan yang jelita, kacak dan personaliti yang menarik bukanlah pandangan masa kini. Siapa kata artis tidak boleh cantik dan bijak dalam masa yang sama? Terbukti artis masa kini, lebih mengimbangkan kerjaya dan pendidikan dalam kehidupan mereka.
Gelaran artis bukanlah gelaran yang akan kekal selamanya. Di platform media sosial mereka, mereka sentiasa bijak memikat perhatian peminat dengan keindahan dunia artis mereka. Namun, disebalik kepadatan jadual sepanjang bergelar anak seni, 11 artis ini gigih menamatkan pendidikan mereka dalam masa yang sama.