Sesuatu yang dianggap sebagai pembaziran selama bertahun-tahun kini menjadi rutin kecantikan. Semuanya kerana rahsia kulit kaca Korea yang pada hari ini, air beras adalah sinonim dengan K-beauty. Rupanya, terdapat banyak faedah air beras ini, jika anda belum mencuba cecair ajaib ini, sudah tiba masanya anda menemui formulasi semula jadi untuk miliki kulit seperti Korea!
Disebabkan terdapat banyak kemunculan produk penjagaan kecantikan bebas toksin kebelakangan ini, orang ramai kini beralih menggunakan air beras untuk pemutihan kulit. Trend ini adalah kemunculan semula yang besar sebagai penyelesaian yang mudah dan selamat untuk pelbagai isu penjagaan kulit. Lagi pula, beras telah menjadi makanan ruji di negara-negara Asia Tenggara, terutamanya lokasi geografi negara-negara yang berhampiran laut, seperti Korea, Malaysia dan lain lagi. Beras merupakan antara makanan yang paling biasa didapati, dan ini menyumbang kepada penemuan bijak mereka tentang faedah air beras untuk rutin penjagaan kulit atau rejimen penjagaan rambut.
Apakah Air Beras?
Air beras ialah kanji yang tertinggal selepas beras direndam dalam air. Air ini paling bermanfaat untuk kulit dan rambut kerana mempunyai bahan kandungan semual jadi yang tinggi khasiat seperti inositol dan asid ferulik. Inositol, atau vitamin B8, adalah gula semulajadi. Ia membantu menjadikan kulit lebih anjal, mengurangkan rembesan sebum, dan mengurangkan pelbagai tanda penuaan. Asid Ferulik pula merupakan antioksidan yang hebat seperti vitamin C dan E. Ia sangat sesuai untuk melawan kerosakan radikal bebas berbahaya dalam sel, sekali gus menjadikan kulit kekal muda.
‘Inositol sangat baik untuk persekitaran rambut dan kulit kepala. Banyak kajian telah mengesahkan bahawa inositol boleh menembusi dan membaiki rambut yang rosak juga.’
EH! akan menyenaraikan lima manfaat air beras yang paling efektif dan bagaimana anda boleh menggunakannya dirumah. Kaya dengan banyak nutrien seperti vitamin, serat dan magnesium yang membantu menyuburkan sel kulit. Penggunaan biasa boleh membantu anda mempunyai penampilan yang berseri dan sihat. Dikenali sebagai pembersih kulit semula jadi kerana ia mengandungi vitamin seperti B1, C, dan E, serta mineral yang membantu mengecilkan liang roma dan menangkis tanda-tanda penuaan.
1. Kulit Bersinar.
Orang yang tinggal di Asia Tenggara terkenal dengan kulit mereka yang sempurna seperti kaca bersinar. Kebanyakan pakar penjagaan kulit percaya bahawa air beras pada rawatan muka memberi manfaat kepada kesan pemutihan dan pencerahan kulit kerana ia merupakan sumber vitamin dan antioksidan yang baik. Air putih susu ini juga membantu pengelupasan kulit lama secara semula jadi dan lembut menanggalkan sel kulit mati dan mencerahkan kulit wajah.
2. Anti Penuaan.
Penggunaan air beras mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus. Ia kaya dengan antioksidan yang mengurangkan elastase, sebatian yang menyebabkan penuaan pramatang pada kulit. Oleh itu, anda boleh menggunakan air beras sebagai penyelesaian untuk mengurangkan garis halus, tanda penuaan, dan bintik hitam serta melambatkan proses penuaan. Anda boleh mencuba pencuci muka Tatcha: The Rice Polish Foaming Enzyme Powder • 60g untuk melembapkan kulit dan mengurangkan pelbagai tanda penuaan dan garis halus. Hanya bancuh bedak dengan air dan urut muka anda selama 15 saat sebelum dibilas.
3. Melegakan Kerosakan Efek Matahari.
Salah satu daripada banyak faedah menggunakan air beras untuk muka adalah keupayaannya untuk meredakan kerosakan efek matahari. Penyelesaian yang kaya dengan antioksidan ini adalah pelindung matahari yang semulajadi dan melindungi kulit daripada sinaran UV. Ia juga berfungsi dengan baik dalam mengurangkan keradangan, kegatalan, dan kemerahan. Penggunaannya yang kerap akan membantu anda mengurangkan bintik-bintik gelap dan bintik matahari. Tetapi ia tidak boleh menggantikan pelindung matahari anda, SPF 30 atau lebih adalah satu kemestian jika anda keluar di bawah sinar matahari.
4. Menguatkan Dinding Kulit.
Kanji beras membantu memulihkan kulit sambil menguatkan dinding wajah secara semula jadi terhadap tekanan persekitaran. Penggunaan air beras secara kerap membantu merawat jerawat dan melindunginya daripada pencemaran dan mengelakkan risiko keadaan kulit seperti dermatitis.
5. Mengurangkan Risiko Kanser Kulit.
Dikemas dengan vitamin, mineral dan antioksidan penting, air beras melawan sel-sel penyebab kanser dengan menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru. Penggunaan biasa larutan berkanji ini menjadikan kulit anjal, sihat dan licin.
Baca: 5 Selebriti Hollywood Ini Amalkan Tip Kecantikan Yang Pelik