Mungkin masih ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya ramai selebriti Malaysia berasal dari negeri Borneo- Sabah dan Sarawak dan kebanyakannya mereka memiliki wajah yang cantik dan tampan!
Selain Semenanjung, Malaysia, arena hiburan negara turut dimeriahkan dengan bakat-bakat hebat dan berkualiti dari negeri Borneo- Sabah dan Sarawak. Dipuji antara selebriti paling memiliki rupa paras menawan dan suara lunak merdu, mereka ini melonjakkan industri seni tanah air. Sama ada bergelar pelakon, penyanyi, pengacara atau model, EH! kongsikan bersama pembaca 7 selebriti Malaysia yang berasal dari Sabah dan Sarawak.
Sempena Hari Malaysia 16 September yang bakal disambut tidak lama lagi, EH! bariskan 7 selebriti Malaysia kelahiran dari Sabah dan Sarawak:
1. Henry Golding
Siapa sangka, Henry Golding yang menjadi terkenal di seluruh dunia ketika dia membintangi filem Hollywood- Crazy Rich Asians, sebenarnya kelahiran Sarawak Malaysia? Golding, yang dilahirkan pada tahun 1987 di Betong, Sarawak merupakan anak bongsu kepada seorang ibu Malaysia dan bapa Britain. Menetap di Terengganu selama lima tahun, mereka kemudian berpindah ke Surrey, England, ketika Henry berusia lapan tahun.
2. Hun Haqeem
Hun Haqeem dilahirkan dan dibesarkan di Kuching, Sarawak. Berdarah kacukan Melayu-Cina, Hun mendapat pendidikan di Komunikasi Korporat di KUPTMKL dan pernah membintangi drama terkenal antaranya, drama Cari Aku Di Syurga, Tasbih Usang, Cinta Belum Tamat Tempoh, Kampung People, Seindah Tujuh Warna Pelangi (2020), The Gadis (2020), Kampung People 2 (2020), Angkara Cinta (2020).
3. Marsha Milan
Selebriti tempatan Marsha Milan Londoh yang berasal dari Tamparuli, Sabah merupakan sepupu kepada Linda Nanuwil. Seorang penyanyi, pengacara dan pelakon Malaysia yang terkenal kerana berlakon dan pernah meraih tempat keempat dalam Akademi Fantasia Musim 3 ini pernah membintangi drama televisyen, Kerana Karina.
4. Ain Edruce
Nurulain Edruce yang lahir 4 Ogos 1991 merupakan seorang pelakon, pengacara dan penyanyi merupakan anak ketiga daripada empat beradik dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Komposisi Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam, Selangor. Gadis manis berketinggian 170cm ini dilahirkan di Terengganu tetapi berdarah Sarawak di sebelah bapanya yang berasal dari Santubong, manakala ibunya berasal dari Terengganu. Berkahwin dengan ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 22 Jun 2019, kini dikurniakan seroang anak perempuan yang dilahirkan pada 19 Mei 2021 bernama Soraya.
5. James Wan
Jika anda tonton filem seram Saw, Billy, Dead Silence, Death Sentence dan Insidious, sebenarnya ia diarahkan oleh anak jati kelahiran Sarawak iaitu pengarah filem Hollywood, James Wan. Berbangsa Cina Malaysia yang dilahirkan di Kuching, Sarawak, beliau telah dibesarkan di Australia. Pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seni dan Royal Melbourne Institute of Technology kemudian merealisasikan impian 11 tahunnya yang laly dengan menjadi pengarah filem.
6. Wawa Zainal
Wawa Zainal atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin lahir pada 12 Mac 1992 dan merupakan seorang pelakon, model yang berasal dari Lahad datu, Sabah. Merupakan anak kelapan daripada sebelas orang adik-beradik, Wawa memulakan kerjaya seninya dengan membintangi drama Ana lu’lu dan Klik di Astro Ceria dimana beliau bertemu dengan suaminya, pelakon Suhairil Sunari ataupun lebih dikenali sebagai Aeril Zafrel. Sepupu Wawa iaitu Faris Hadzir adalah seorang bekas gitaris kumpulan Bunkface.
7. Zizi Kirana
Merupakan bekas peserta Akademi Fantasia pada 2009, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil yang dilahirkan pada 23 Januari 1985 atau lebih dikenali sebagai Zizi Kirana merupakan anak kelahiran Semporna, Sabah. Zizi telah menamatkan zaman gadisnya dengan pelakon popular Yusuf Bahrin pada 19 September 2021 dan memilih Pra-bulan madu di pulau-pulau peranginan di Semporna, Sabah.