Mengapa hasil solekan kita selalunya tidak secantik sentuhan jurusolek profesional? Salah satu sebabnya ialah kerana kita tidak menggunakan berus solekan yang berbeza-beza. Berus solekan yang tepat memberikan hasil solekan yang lebih sempurna.
Kecantikan adalah aspek penting dalam kehidupan manusia. Ia membawa rasa keyakinan diri, kebahagiaan, dan ekspresi diri yang unik. Dalam usaha untuk mencapai penampilan yang diidamkan, berus solek menjadi salah satu alat yang paling penting dalam dunia kecantikan. Ia datang dalam pelbagai bentuk, saiz dan jenis untuk memenuhi keperluan solekan yang berbeza-beza. Dalam artikel ini, EH! akan jelaskan jenis-jenis berus solekan yang anda harus miliki, serta kegunaan utama mereka dalam menghasilkan penampilan yang menawan.
Mengapa berus solekan penting?
Berus solekan dicipta dengan teliti dan berinovasi untuk mencapai solekan yang menawan. Dengan berus yang sesuai, pemakaian solekan seperti bedak asas, pembayang mata, penggaris mata, dan gincu dapat dilakukan dengan lebih tepat. Ini membolehkan hasil solekan yang lebih rapi dan kelihatan flawless.
Bolehkah jika saya hanya memakai jari-jemari sahaja?
Tidak salah, ia mengikut keselesaan masing-masing. Namun, penggunaan jari-jemari untuk mengaplikasikan solekan boleh menghasilkan kesan yang lebih tebal, tidak sekata dan kelihatan tidak natural.
Berus solekan yang terhasil dengan bulu-bulu yang lembut, membolehkan solekan meresap ke dalam kulit dan mencipta penampilan yang lebih semula jadi. Selain itu, penggunaan berus solekan juga lebih bersih berbanding penggunaan jari tangan, kerana ia mengurangkan pemindahan bakteria dan kotoran dari tangan ke wajah.
Dalam dunia kecantikan, berus solekan adalah alat yang penting untuk mencapai penampilan yang menawan dan profesional. Dengan berbagai jenis dan kegunaannya yang berbeza, berus solekan membantu menyediakan dasar yang sempurna untuk solekan yang menawan.
Kenali 6 jenis berus yang wajib anda miliki dan ketahui kegunaannya:
1. Berus Foundation. (RARE BEAUTY – RM142)
Berus ini biasanya besar dan berbulu lembut. Ia digunakan untuk mengaplikasikan asas solekan (foundation) ke seluruh muka. Bulu lembutnya membantu menyebarkan asas dengan rata, menjadikan kulit kelihatan licin dan sekata.
2. Berus Concealer. (FENTY BEAUTY – RM125)
Berus kecil dan berbentuk pipih ini digunakan untuk menyembunyikan cela dan parut pada wajah. Ia sesuai untuk mengaplikasikan concealer di bawah mata, menghilangkan lingkaran hitam atau ketidaksempurnaan lain.
3. Berus Powder. (HOURGLASS – RM350)
Berus powder adalah berus besar dengan bulu yang padat. Ia digunakan untuk mengaplikasikan bedak tabur atau bedak padat ke seluruh muka. Berus ini membantu mengurangkan kilauan berlebihan pada wajah dan mengawal minyak berlebihan.
4. Berus Blush. (JILL STUART – RM83)
Berus ini biasanya berbentuk agak bulat dengan bulu yang lembut. Ia digunakan untuk mengaplikasikan pemerah pipi ntuk memberi wajah sentuhan warna dan efek wajah yang lebih glowing.
5. Berus Mata. (SEPHORA COLLECTION – RM169)
Jurusolek profesional biasanya memiliki berpuluh berus untuk bahagian mata sahaja. Dan setiap satu berus ini mempunyai efek solekan mata berbeza dan lain juga efek dan fungsinya. Ada yang bentuk bulat, memanjang, ada yang lembut berus ada juga yang keras. Yang lembut biasanya digunakan untuk blending. Berus ini membuatkan pembayang mata nampak lebih rata dan tidak bertompok.
Ada juga berus yang dicipta khusus untuk sapuan pada bawah mata. Ada juga berus khas untuk membuat garisan mata. Biasanya sangat halus dan tajam matanya.
6. Berus Bibir (PATRICK TA – RM90)
Berus bibir mempunyai bentuk yang kecil dan padat, digunakan untuk mengaplikasikan gincu dengan rapi dan sekata. Ini membantu untuk memperoleh bibir yang menawan dan penuh warna.