Lagu ‘Malampagi’ ternyata tular dan menjadi siulan ramai. Mungkin buat masa ini orang lebih kenal lagu berbanding siapa penyanyinya. Namun percayalah sedikit waktu lagi Saixse akan lebih dikenali, sepopular bait lirk ‘Malam masih muda……’.
Bila dan di mana kamu paling gembira?
Waktu malam atau berada di tempat yang sunyi seperti berada di atas bukit dan juga apabila berada di dalam studio.
Apakah bakat lain yang Saixse ingin miliki?
Menjadi model dan pelakon.
Jika kamu boleh mengubah sesuatu tentang diri kamu, apakah ia?
Sikap panas baran, cara saya mengurus kemarahan (anger management) dan perasaan saya yang easily attach.
Bagaimana kamu berhadapan dengan kegagalan?
Tidak putus asa dan mencuba sehingga berjaya.
Bagaimana Saixse mengurus stres?
Solat.
Apakah idea kamu tentang kehidupan yang gembira?
Kehidupan yang gembira adalah apabila saya melakukan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan muzik.
Apakah memori zaman kanak-kanak paling Saixse ingat?
Ada satu kisah sewaktu saya berumur 14 tahun. Ada satu insiden sewaktu pulang bermain bola sepak saya jatuh ke dalam longkang hingga menyebabkan kulit terkoyak, tetapi pada malam itu juga saya tetap ke kelas tuisyen… hahaha!
Apakah perkataan atau ayat yang kerap Saixse sebut dalam sehari?
Healing.
Apakah nilai atau ciri penting dalam perhubungan?
Mempunyai komunikasi yang baik dan setia dalam perhubungan.
Bagaimana kamu menunjukkan simpati pada orang yang kamu rapat?
Menolong dan mendengar segala luahan dari individu tersebut.
Apakah isu masyarakat kita yang paling signifikan ketika ini?
Kehidupan harian yang stres.
Jika sudah tiada nanti, apa yang kamu mahu orang ingat tentang kamu?
Jalan cerita dalam lirik lagu saya.
Konsep & Arahan Seni: Khairul Abidin, Penyelaras: Farah Ain & Eqa Zulkifli, Fotografi: Edmund Lee (One3Four Studio), Videografi: Jackie Mah, Simon, Zakwan & Syafiq, Grooming: Tiar Zainal, Dandanan: Cody Chua (menggunakan Schwarzkopf Professional), Pakaian: LEE
BACA: #EHTOP20 Daniel Fong