Athina Kamarudin adalah inspirasi, dia membuktikan jika ada kemahuan pasti ada jalan. Bintang media sosial ini punya gerakan tari yang hebat dan di pentas peragaan dan di depan lensa, dia adalah bintang yang pantas mencuri tumpuan.
Bila dan di mana kamu paling gembira?
Apabila berada di rumah bersama keluarga atau di sesi penggambaran.
Apakah bakat lain yang ingin kamu miliki?
Menyanyi dan mungkin juga melukis.
Jika kamu boleh mengubah sesuatu tentang diri kamu, apakah ia?
I want to be less of a man & stand my ground with my boundaries demi ketenangan minda.
Bagaimana kamu berhadapan dengan kegagalan?
Menangis dan memproses semua emosi, pick myself back up after and get on with it.
Bagaimana kamu mengurus stres?
Saya membuat jurnal, berkongsi dengan keluarga, and distract myself with music.
Apakah idea kamu tentang kehidupan yang gembira?
Sangat penting untuk mendahulukan kegembiraan dalan kehidupan kita sendiri. Kurangkan stres, lebihkan memori dan kasih sayang.
Apakah memori zaman kanak-kanak paling kamu ingat?
Jatuh dan langgar bucu meja sebab tak sabar nak makan asam pedas kat dapur rumah.
Apakah perkataan atau ayat (phrase) yang kerap kamu sebut dalam sehari?
“It is what it is.” “Lets go & let god” “im okay, im okay”.
Apakah nilai atau ciri penting dalam perhubungan?
Saling menghormati, setia and having healthy boundaries. Find someone who loves the way you do.
Bagaimana kamu menunjukan simpati pada orang yang kamu rapat?
Dengar masalah mereka and give them my shoulder to cry on. Comfort them in planning things to do together.
Jika sudah tiada nanti, apa yang kamu mahu orang ingat tentang kamu?
Saya selalu katakan saya mahu tinggalkan legasi bila saya sudah tiada tetapi saya sedar apa yang saya mahukan ialah orang ingat akan kejujuran saya (genuine) sebagai seorang kawan, anak, kakak. Saya mahu mereka ingat kehadiran saya, dan bagaimana kuatnya saya bekerja. Saya harap saya sudah membuatkan ramai orang tersenyum dan ketawa walaupun adakalanya saya tak mampu berbuat begitu.