Ikuti jurnal kecantikan pengarang digital, Farah Ain mengongsikan produk Huda Beauty pilihannya, yang terbaik dan pasti mengujakan buat penggemar tegar produk kecantikan terkenal ini.
Huda Beauty adalah jenama solekan yang masyhur dalam dunia kecantikan moden. Dikendalikan oleh pengasasnya, Huda Kattan, jenama ini telah mencipta namanya dalam industri kecantikan dengan pelbagai produk solekan yang menakjubkan. Solekan dari negara Dubai, United Arab Emirates ini memperolehi pengiktirafan meluas kerana kualiti produknya yang cemerlang serta komitmen menggalakkan individu untuk meneroka kreativiti dan keunikan mereka dalam dunia solekan.
Dari gincu berwarna-warni hingga palet pembayang mata yang memukau, setiap produk diperbuat dengan teliti dan mengikut standard terbaik dalam industri kecantikan. Bukan hanya menumpukan hasil solekan yang tahan lama, tetapi ia juga mudah digunakan.
Segalanya bermula di Instagram, ketika itu saya sedang dalam fasa ingin mengenali dunia kecantikan peringkat antarabangsa. Buka sahaja akaun Instagram, ia dibanjiri dengan jenama yang diasaskan oleh selebriti dan pengaruh dengan longgokkan video dan gambar solekan. Tetapi apa yang menarik perhatian saya adalah, Huda Beauty. Tempat saya berpaling untuk mengisi baldi kecantikan saya. Video tip dan trick solekan beliau yang selalu mementingkan kecantikan serta keyakinan diri mendorong saya untuk membeli lantas menemui produk solekan kegemaran baharu.
Jika anda mencari produk kecantikan yang terjangkau dan berkualiti, saya sangat merekomendasikan anda untuk mencuba produk-produk Huda Beauty. Berikut ialah top 5 produk terbaik Huda Beauty pilihan saya:
1. Fauxfilter Luminous Matte Liquid Concealer
Antara produk solekan kegemaran Kattan, pengasasnya mengongsikan tip concealer ini boleh dicampur mengikut kesesuaian produk tambahan lain seperti serum mata dan bedak asas matte. Kaya dengan vitamin E dan minyak badam untuk mengekalkan kawasan bawah mata agar terhidrat (sesuai untuk mereka yang berkulit kering), ia juga tahan selama 14 jam dari peluh.
Terdapat dalam 20 warna pilihan, Kattan mengesyorkan aplikasi solekan secara lapisan. “Saya akan menggunakan sedikit concealer dan tunggu beberapa minit untuk ia kering sebelum mengadun ia dengan berus atau span lembap—ini membolehkan anda membina litupan tanpa kelihatan, ” dia menerangkan.
2. Liquid Matte Ultra-Comfort Transfer-Proof Lipstick
Khas buat anda yang mempunyai bibir merekah dan kering, ini adalah rekomendasi gincu pilihan pengarang. Formula yang kaya dengan inti berkrim, selesa dan lebih berpigmen daripada terdahulunya ini mempunyai 16 warna pilihan. Hanya dengan satu sapuan pada bibir, anda sudah bersedia untuk keluar berlibur.
Kattan mengesyorkan untuk membersihkan bibir terdahulu dengan gosokkan pad kapas basah untuk menghilangkan kepingan kulit mati sebelum menggunakan gincu. Kemudian, “Tunggu 30 saat untuk warna ditetapkan dan kemaskannya dengan kemasan matte,” kata Kattan.
3. Nude Obsessions Eyeshadow Palette Mini
Palet pembayang mata tona neutral ini bukan sahaja menggiurkan malah ia boleh dipelbagai fungsi untuk solekan wajah. Menampilkan sembilan warna neutral gabungan kilauan, metalik yang menarik dan rona matte ultra-campuran yang sesuai untuk sebarang majlis. Selain mata, palet ini boleh digunakan untuk meneutralkan penampilan kening rambut dan pemerah pipi yang menarik.
Perkara paling penting dalam pengakhiran solekan adalah kemasan bedak tabur. Formula ‘mengunci’ solekan ini bukan sahaja meneutralkan lingkaran hitam dan mencerahkan titik merah di wajah anda, ia juga berkesan untuk mengaburkan garis-garis kecil di bawah mata dan menyembunyikan pori besar lantas menampilkan wajah polos yang cantik dan gebu.
Jika anda bimbang dengan solekan bergerak sepanjang hari, bedak tabur halus ini adalah barang solekan wajib ada di dalam tas tangan anda. Ia didatangkan dalam sembilan rona berbeza yang sesuai dengan semua kulit, daripada cerah hingga sawo matang, bedak tabur ini memberikan rupa kemasan yang licin.
Pensel bibir ini serba boleh dalam membentuk kemasan matte baldu dan bertahan sehingga sembilan jam -malah kekal ketika anda makan atau minum! Mengandungi kandungan kacang soya dan likuoris yang memastikan bibir anda agar terpelihara dan selesa dari hari bekerja hingga waktu malam. Perkara lain menambah faktor menarik adalah ia mempunyai pengasah pada penghujung pensel, menjadikannya produk siap pakai yang sempurna untuk dimasukkan ke dalam beg solek perjalanan anda.