Coach menampilkan pengalaman Ramadan dan pengaktifan aktiviti digital yang menyeronokan di Pavilion Kuala Lumpur.
Apabila tibanya bulan Ramadan, Coach pasti tampil dengan ideanya yang menarik dan menceriakan buat peminat setia serta pengunjung pusat beli-belah termasyhur di tanah air, Pavilion Kuala Lumpur.
Dari jauh sudah nampak binaan berwarna kuning di perkarangan Pavilion Kuala Lumpur. Dari jauh sudah memanggil-manggil untuk sesiapa sahaja mendekati. Pastinya sesiapa sahaja yang melintasi perkarangan pusat beli-belah ini akan berhenti singgah, paling tidak pasti bergambar.
Sesiapa sahaja pasti terpegun dengan kehadiran arca besar beg Quilted Tabby yang terletak di hadapan pintu utama, dikelilingi dengan aktiviti digital yang menarik untuk pengunjung.
Coach menjemput anda untuk mengalami pengalaman khas Ramadan 2024 dengan menyambut Ramadan buat kali kedua di Malaysia dengan pemasangan yang mengasyikkan, pengalaman interaktif dan penawaran produk ikonik di Pavilion Kuala Lumpur Mall, destinasi beli-belah utama Malaysia.
Menggabungkan tradisi tempatan dan semangat New York, Coach menghidupkan koleksi ikoniknya – beg tangan Quilted Tabby dalam bentuk arca besar yang terletak di pintu masuk pusat beli-belah.
Bagi menghidupkan semangat Ramadan, pop up ini turut menampilkan pengalaman seni digital yang mengasyikkan dan disepadukan dengan motif Islamik seperti bintang dan bulan sabit dalam warna kuning.
Coach juga menawarkan pengalaman gamifikasi digital yang direka khas untuk Ramadan di mana pelanggan juga berpeluang untuk memenangi beg Quilted Tabby!
Terdapat dua aktiviti yang pengunjung boleh sertai antaranya gamifikasi digital yang mana anda perlu imbas kod QR yang disediakan dan main permainan – tekan beg tangan Quilted Tabby dalam skor markah tinggi dan berpeluang memenangi Quilted Tabby!
Kedua pula, anda boleh singgah ke troli berdekatan yang menawarkan pra-pembungkusan kurma secara percuma untuk pengunjung berbuka puasa sepanjang Ramadan (hanya tersedia dari Jumaat hingga Ahad).
Pop-up merangkap penerokaan “The Courage to Be Real,” ini menginspirasilan orang ramai untuk menyatakan sisi sebenar dan autentik diri sebenar mereka.
Seiring pop-up menceriakan ini, Coach turut mempamerkan koleksi musim bunga 2024 dalam penceritaan tentang mencari keberanian yang nyata dengan cara anda sendiri.
Anda semua dijemput untuk mengalami pop-up Coach ini dan jangan lupa kunjungi butik Coach untuk menemui koleksi Spring terbaharu antaranya beg tangan Quilted Tabby dari 14 Mac hingga 14 April 2024.
Baca: Pertama Di Dunia, The Coach Restaurant Kini Di Jakarta