Menjelajahi dunia kecantikan mungkin terasa menakutkan, tetapi jangan risau! Terdapat banyak pilihan pembayang mata berkualiti tinggi yang tidak akan memberatkan dompet anda raya ini!
Raya bakal tiba, dan tentu anda sibuk membuat persiapan dengan membeli baju dan kasut baharu. Tetapi, mengapa tidak turut memikirkan pembayang mata baharu yang boleh anda miliki dengan harga serendah RM 85 di Sephora? Dari warna-warna yang menarik hati hingga formula tahan lama, setiap produk ini adalah pilihan terbaik yang EH! janjikan kepada anda. Jadi, mari kita lihat pilihan menarik ini yang pasti akan memberi cahaya kepada koleksi riasan anda!
1. Sephora Collection – Color Shifter Eye Palette (RM 85)
Transformasi riasan wajah anda dengan lima warna dari palet mata mini dari Sephora Collection ini yang menawarkan kombinasi gaya yang pebagai. Dengan tekstur matte yang dipadankan dengan glitter toppers, anda dapat menciptakan berbagai gaya mata yang berbeza. Palet mata mini ini juga dilengkapi dengan tiga pilihan warna yang memukau, sesuai untuk menciptakan riasan mata yang unik setiap hari.
2. Pixi – Eye Effects Eye Shadow Palette (RM 114)
Hadir dengan dua pilihan warna cantik dalam kompak mudah alih untuk membantu mencipta riasan yang diperlukan, siang atau malam. Setiap eyeshadow mengandungi warna pigmen tinggi untuk hasil yang luar biasa dalam satu sapuan. Dengan palet ini, anda pasti akan kelihatan menarik dan berseri-seri di setiap majlis rumah terbuka hari raya yang anda kunjungi.
3. Tarte – Glamazon To Go Eyeshadow Palette (RM 115)
Tampil glamor dengan mudah dengan palet mini lima warna dari Tartę. Sesuai digunakan setiap hari dan terinspirasi oleh warna-warna kaya Hutan Hujan Amazon. Palet ini mengandungi tiga warna matte dan dua warna shimmer yang memukau, pasti sesuai dibawa ke mana-mana untuk tampilan gaya yang lebih versatil dan natural di hari raya anda!
4. Tarte – Big Ego To Go Eyeshadow Palette (RM 115)
Warnai keceriaan hari raya anda dengan palet Tarte Big Ego yang menawarkan gaya yang segar dan berwarna-warni, dari grunge hingga manja, palet eksklusif ini mengandungi enam warna baru dengan pelbagai kemasan, termasuk glitter toppers, matte, dan satin yang sesuai untuk riasan hari raya anda. Palet ini tidak hanya meningkatkan kecantikan anda, tetapi juga memberikan sentuhan magis pada penampilan anda pada hari yang istimewa.
5. Amuse – Vegan Sheer Eyeshadow Palette (RM 120)
Palet bayangan mata vegan dari jenama terkenal Korea, Amuse ini hadir dengan enam warna dalam kemasan matte milky, matte sheer, dan glitter. Formulasi mikrofiber yang lembap membolehkan ia kekal selesa di atas kelopak mata anda, memberi penyesuaian yang selesa kepada mata. Dengan kombinasi warna yang rendah-saturasi, anda dengan mudah boleh mencipta gaya yang natural, sama ada untuk sehari-hari atau acara khas seperti hari raya.
Artikel Berkaitan: 3 Gincu Terbaru Berharga RM125 Mesti Cuba