Gaya Emily In Paris Musim 4 ini ditakrifkan oleh “perubahan maskulin-feminin yang tidak pernah kami alami sebelum ini,” kata pereka fesyen Marylin Fitoussi.
Emily in Paris tidak pernah mengecewakan dalam bab fesyen. Walaupun musim 4 membawa jalan cerita baru, ketidakpastian Emily Cooper dan cintanya, kerja dan kehidupan peribadinya, detik fesyennya yang menyeronokkan dan unik ialah sesuatu yang sentiasa kita harapkan dengan setiap episod baharu.
Musim 3 mengubah keadaan, memberikan kita banyak penampilan untuk membuatkan kami terhibur. Daripada karya pereka yang diidam-idamkan kepada sarung telefon khasnya berbentuk kamera, Emily mencampurkan warna, corak yang menyeronokkan dan siluet aneh untuk menambahkan lagi drama dalam hidupnya.
Emily benar-benar mengutamakan layers untuk musim ini. Dia menjadikan gayanya bertekstur bersesuaian dengan pejabat dengan menggandingkannya bersama kemeja putih dan tali leher plaid untuk menghidupkan gayanya yang all white.
Ramai orang mengatakan bahawa penampilan Emily ini seperti Hamburglar tetapi dalam versi bergaya. Sut belang mengikut siluet itu dibaluti kain kembang pada bahagian pinggang meleret ke belakang.
Melengkapi gayanya, Emily menyarung topi besar lebar dan topeng mata, cukup memukau!
Apa yang menarik perhatian saya apa adegan ini ialah beg Emily! Beg Vivienne Westwood yang ikonik sangat diminati para selebriti dan dan pencinta fesyen. Emily menyarung pilihan plaid, dibaluti dengan jaket plaid yang berbulu.
Walaupun Emily suka akan corak, kali ini, dia menggunakan set kemeja dan skirt padanan. kelihatan elegan dengan bahagian atas dan skirt berbutang Missoni.
Walau apa pun, penampilan ini menunjukkan sisi yang lebih matang kepada Emily, terutamanya apabila digandingkan dengan aksesori dan rambut updonya yang halus.
Emily tidak pernah takut untuk memakai seluar pendek ke pejabat. Dia masuk ke agensi pemasaran mewahnya musim ini dengan sepasang seluar pendek Manokhi kulit berona hijau, dipadankan dengan blaus bercetak scarab dari La DoubleJ.
Menyempurnakan gayanya, Emily memakai anting-anting emas dan cincin.
Penampakan yang berani! Gayanya ini dihias dengantali leher bunga gabungan hitam putih, mencipta corak pertembungan dengan kemeja bercetak petak.
Fitoussi menyempurnakan penampilan dengan kot kulit merah menjerit dan beg bahu beraksen bulu daripada Ozias.
Serahkan kepada Emily untuk memberikan penampilan ikonik 2024. Sama seperti blazer tweed kotak-kotak kuning Cher dan skirt dalam Clueless, Emily menyarung gaun houndstooth berona kuning dan hitam di atas blaus ruffled putih yang diikat dengan tali leher berbentuk riben.
Saya betul-betul menyukai gaya Emily di sini. Semasa menjejaki Camille yang melarikan diri pada awal musim 4, Emily memakai set biru kobalt ini dengan beg Pierre Hardy.
Emily berjaya memberi sentuhan maskulin dalam gaya femininnya.
Emily kelihatan sangat bergaya dalam seluar pendek bunga jacquard hijau dan set berbusti daripada Philosophy di Lorenzo Serafini berlapis dengan kardigan Jacquemus merah jambu.
Emily memakai baju suede yang dipercayai dari Possery dalam rona kuning terang. Untuk menaik taraf, dia melapisinya di bawah blaus kuning padan yang dipadankan dengan skirt korduroi kuning. Malah begnya juga berwarna kuning.
Saya suka lihat momen monokrom, sedap mata memandang.