Selepas single sulungnya bersama DeFam, #Supergirls, meraih lebih dari 1 juta tontonan di YouTube selepas hanya tiga minggu video muzik tersebut dilancarkan, Sophia Liana menjadi nama yang tidak asing lagi dalam dunia muzik tempatan. Dengan genre muzik yang segar dan berani, dia membawa satu dimensi baru ke dalam industri lokal. Popularitinya semakin melonjak selepas penampilan di acara 16 Baris, sebuah rap cypher show yang dikendalikan oleh ikon muzik popular, Joe Flizzow. Di situ, bakatnya bersinar dengan jelas, setiap lirik yang dinyanyikannya memukau pendengar dan menunjukkan kemahiran rapnya yang luar biasa. Kerjayaan Sophia tidak terhenti disitu apabila dia dinobatkan sebagai juara di pentas akhir Dansa Dan Sing bersama Budak Ngam, yang mengukuhkan kedudukannya sebagai penyanyi dan penari berbakat, menjadikan dia antara rapper wanita yang menjadi inspirasi ramai terutama golongan Gen-Z, membawa energi luar biasa yang menghidupkan setiap pentas yang dia jejaki.
Apa yang kamu suka tentang diri kamu
The independent of how i live my life adalah benda yang saya suka tentang diri saya. Cara yang tersediri untuk hustle dan capai impian yang saya mahukan dalam hidup dan kuatkan semangat dengan cabaran baru.
Kamu rasa lebih tua atau lebih muda dari usia sebenar?
Saya sejujurnya rasa lebih muda dari usia. Mungkin kerana jiwa saya masih muda dan saya sentiasa jaga cara penampilan.
Apakah satu perkara yang kamu harap mempunyai peluang melakukannya lebih kerap?
Satu perkara yang saya harap adalah, mempunyai lebih masa diluangkan bersama keluarga dan juga untuk belajar.
Apakah rutin atau perkara harian yang membuatkan kamu feel good?
Rutin harian yang buat saya feel good adalah bersenam, kerana ia membantu kesihatan fizikal dan mental saya.
Jika kamu diberi peluang kedua untuk mengulangi satu momen dalam hidup, apakah pilihan kamu?
Jika diberi peluang kedua untuk ulang satu momen mungkin untuk tidak cross path dengan sesetengah individu dalam hidup saya.
Jika kamu boleh katakan sesuatu kepada diri kamu sewaktu remaja dulu, apakah ia?
Never attach yourself with anything. Belajar untuk menerima apa adanya tanpa mempunyai sebarang perasaan negatif dan sentiasa mendahulukan diri anda dalam apa jua perkara.
Jika kamu tidak perlu bekerja untuk mendapatkan duit, bagaimana kamu mengisi masa kamu?
Melancong dan belajar perkara baru.
Jika kamu boleh memilih superpower, apakah yang menjadi pilihan?
Superpower yang saya ingin ada mungkin kebolehan membaca fikiran manusia dan keupayaan mengawal benda!
Apakah definisi ‘happy life’ bagi kamu?
Definisi happy life bagi saya,adalah untuk sentiasa mempunyai ketenangan dalam diri, dan surround yourself with the people that matters and selalu ada perasaan cukup dan sederhana dengan hidup.
Kongsi sedikit kehidupan kamu ketika berusia 25 tahun?
Ketika saya berusia 25, itu adalah titik permulaan saya bersama DeFam dan mulakan kerjaya saya sebagai rapper/singer.
Ucapan buat EH! sempena ulang tahun ke-25
Happy anniversary EH! yang ke 25. I wish you all the success and prosperity good year. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kerjaya saya. Love you always muah!!
Konsep & Arahan Seni: Khairul Abidin | Penyelaras: Farah Ain, Erdina & Eqa Zulkifli | Fotografi: Aaron Lee (Lensworks Production) | Videografi: Jackie Mah, Simon, Syafiq, Zakwan & Azeem | Solekan: KF Bong (menggunakan Sephora Collection) | Dandanan: Cody Chua |
Artikel Berkaitan: #EHTOP25 Janna Nick