Pembayaran cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah tanggungjawab penting bagi setiap individu dan syarikat di Malaysia.
Pasti ada dalam kalangan anak muda-mudi yang sedang belajar cara untuk menguruskan kewangan. Jika kita lihat dunia kini, semakin ramai anak muda yang mula menceburi bidang pekerjaan dan perniagaan sendiri.
Walaupun perkembangan ini memberi peluang untuk meraih pendapatan yang lebih stabil, namun masih ramai anak muda berhadapan dengan isu cukai pendapatan yang meningkat dan tertunggak.
Cukai merupakan sumber utama pendapatan kerajaan yang digunakan untuk membiayai pelbagai program pembangunan, perkhidmatan awam dan infrastruktur negara. Pembayaran cukai membantu memastikan kestabilan ekonomi dan sosial, serta menyediakan dana untuk kesejahteraan rakyat.
Setiap pembayar cukai perlu melaporkan pendapatan mereka dan membayar cukai yang berkaitan mengikut kadar yang telah ditetapkan. Kegagalan untuk mematuhi peraturan cukai boleh menyebabkan penalti atau tindakan undang-undang.
Kini, pembayaran cukai lebih mudah dengan adanya pelbagai platform pembayaran, termasuk secara atas talian melalui e-Filing dan portal rasmi LHDN. Inovasi ini memudahkan pembayar cukai untuk menunaikan tanggungjawab mereka dengan lebih efisien, selain mengurangkan kesesakan di pejabat fizikal LHDN.