Coach meriahkan semangat ekspresif generasi hari ini dengan pembukaan Coach Play APW, sebuah stor berkonsepkan pengalaman yang diilhamkan oleh warisan New York dan semangat dinamik Kuala Lumpur.
Setelah pelancaran lokasi Coach Play pertama di Ipoh Malaysia awal tahun ini, Coach melebarkan sayap dengan mengumumkan pembukaan Coach Play APW. Coach Play APW memperluas usaha dalam mencipta pengalaman interaktif dan eksploratif yang diilhamkan oleh semangat ekspresif generasi masa kini.
Menyoroti sejarah budaya A Place Where (APW), sebuah kilang percetakan yang telah diubah menjadi kampus gaya hidup kontemporari, Coach Play APW menggabungkan daya tarikan sejarah dan sentuhan playful untuk mencipta destinasi yang mempunyai cerita menarik disebaliknya.
Suasana stor ini mengambil inspirasi daripada visual ikonik Coach, termasuk palet rona hangat yang mengingatkan kepada sunset di New York City, iklan Coach terdahulu, dan sentuhan perincian kulit. Kod klasik jenama termasuk tag gantung Coach dan maskot Coach yang disayangi, Rexy juga ditampilkan sebagai motif reka bentuk signature. Dengan keluasan 3,280 kaki persegi, stor ini lebih besar dari Coach Play di Ipoh.
Menyambut warisan Coach dalam kraf kulit dan seni percetakan APW, pintu masuk menampilkan logo unik Coach Play APW, menggabungkan blok percetakan “C” ikonik Coach dengan elemen APW. Diilhamkan oleh sejarah APW sebagai kilang percetakan, resepsi juga menampilkan poster dengan estetika retro yang direka untuk menggambarkan sejarah Coach dan APW, juga boleh dibawa pulang oleh pengunjung sebagai koleksi.
Coach Play APW menempatkan The Coach Tabby Shop, sebuah ruangan yang hidup dan imersif, terinspirasi oleh ikon moden Coach. Memaparkan koleksi Tabby terbaru, ruang ini dihidupkan dengan lampu neon dan motif reka bentuk unik diinspirasi daripada warisan percetakan APW.
Ruang ini menjadi lebih meriah dengan papan tanda neon Rexy, maskot Coach yang membuat penampilan sulung di runway pada musim Luruh/Panas 2016 dan sejak itu menjadi ikon yang sangat disayangi.
Seni percetakan dicipta untuk memberi inspirasi kepada individu eksplorasi ekspresi diri mereka. Coach Play APW menampilkan perkhidmatan percetakan skrin interaktif pertama di dunia di mana pengunjung boleh membeli t-shirt atau tote bag dan mencetaknya dengan salah satu daripada sepuluh reka bentuk menarik yang ditawarkan oleh Coach.
Reka bentuk yang ditawarkan berdasarkan iklan Coach terdahulu, dan pelanggan juga boleh memilih antara empat pilihan rona yang berbeza. Proses ini mengambil masa kira-kira 15 hingga 20 minit untuk menghasilkan seni yang unik dan khas.
Coach Create adalah ruang yang didedikasikan untuk pengalaman penyesuaian ikonik Coach. Pengunjung boleh menikmati perkhidmatan monogram percuma yang membolehkan mereka memperibadikan tag gantung, mencipta cerita mereka sendiri melalui pilihan emoji, pelbagai pilihan huruf, dan warna foil. Selain itu, pelbagai pin dan hiasan juga tersedia untuk dibeli, menawarkan lebih banyak pilihan untuk menyesuaikan beg mereka.
Bilik Arkib menampilkan kemahiran kulit Coach dengan seni percetakan APW. Terdapat cap dan grafik tempatan dari Muzium Percetakan Diraja di Melaka, bersama dengan kod Coach, alat, perkakasan, dan gambar arkib yang diperkaya dengan kandungan digital, mempamerkan penggabungan antara cetakan dan kraf.
Coachtopia membuat kemunculan di Malaysia, makmal kolaboratif Coach untuk inovasi dan kraf. Setiap karya daripada koleksi Coachtopia di-upcycle daripada bahan kitar semula, bahan yang digunakan semula, dan bahan boleh diperbaharui yang asalnya digunakan dalam pembuatan beg kulit Coach.
Semua beg dalam koleksi Coachtopia, termasuk kegemaran ramai seperti beg Ergo dan Wavy Dinky, dilengkapi dengan cip NFC, membolehkan pengunjung mengimbas dan mengetahui kisah di sebalik beg, proses pembuatan, dan bahan beg tersebut. Perabot di kawasan Coachtopia juga dibuat daripada bahan lebihan, termasuk meja paparan yang dihasilkan dari Innocra, digabungkan dengan kulit Coach yang berlebihan.
Coach Play APW juga menampilkan The Coach Coffee Shop sebuah reimaginasi kedai klasik New York dengan sentuhan playful. Papan tanda neon animasi maskot The Coach Coffee Shop, Lil Miss Jo menambah sentuhan ceria, terinspirasi daripada diner di New York.
Dengan kawasan luar dan dalam yang luas, The Coach Coffee Shop dapat menampung 60 pengunjung dengan selesa, menjadikannya ia The Coach Coffee Shop terbesar di dunia dari segi saiz, kapasiti tempat duduk, dan pilihan menu.
The Coach Coffee Shop menawarkan kopi khas dan menu yang terinspirasi dari Americana, termasuk sarapan sepanjang hari, sandwic, pastri, dan pencuci mulut, semuanya dibuat khas di dalam kedai yang menjanjikan pengalaman yang membawa pengunjung ke kampung halaman Coach.
Antara hidangan yang mesti dicuba termasuk delicacies savoury seperti Pastrami Sandwich on rye bread dan Ricotta Toast drizzled bersama honey dan sea salt, maple glazed crullers, dan cinnamon rolls untuk memuaskan si penggemar manis. Minuman disajikan bersama kiub ais “C” ikonik Coach, menawarkan pengalaman unik dan tidak dapat dilupakan untuk pengunjung.
Coach juga membawa kembali kegemaran peminat dariThe Coach Coffee Shop di Coach Play Ipoh, aiskrim lembut Peanut Butter and Jelly dan rasa Americana bermusim yang baru, Key Lime Pie, Cream Cheese Bagel, dan Pepperoni Pizza.
Pengunjung juga boleh membeli barangan The Coach Coffee Shop edisi terhad seperti tote bag kanvas The Coach Coffee Shop, botol air dan t-shirt, tersedia secara eksklusif di lokasi terpilih di seluruh dunia.
Coach Play APW dibuka dari Selasa hingga Ahad jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam di A Place Where by APW, C-01, 29, Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur, Malaysia.