Siapa yang tidak mengenali wajah tampan Zayn Malik? Dari era boyband One Direction yang mencuri hati ramai gadis hingga kini sebagai artis solo, Zayn Malik terus menjadi tumpuan. Dengan wajah tampannya yang sememangnya menjadi kegilaan, dia juga tidak pernah gagal tampil bergaya. Apa jua potongan rambut yang digayakannya, semuanya menjadi sempurna!
Nama Zayn Malik kembali menjadi tumpuan di platform X apabila penyanyi popular ini sedang menjalani solo tour pertamanya selepas lapan tahun. Dikenali dengan personaliti introvert dan aura misteri, Zayn tidak hanya memukau peminat dengan vokalnya yang luar biasa, tetapi juga dengan gaya rambutnya yang sentiasa menjadi inspirasi dan trendsetter.
Sejak era One Direction hingga perjalanan solonya, Zayn terus menjadi simbol fesyen yang tidak gentar bereksperimen. Tetapi apa yang benar-benar mencuri perhatian adalah gaya rambutnya. Dari gaya quiff klasik yang kemas hingga buzz cut yang berani, Zayn membuktikan bahawa rambut bukan hanya sekadar potongan, tetapi medium ekspresi diri yang kuat dan dia tidak takut untuk bereksperimen. Jika anda mahu tampil effortlessly dan cool seperti Zayn, ini adalah panduan untuk anda mencuba dan mencipta gaya rambut ikoniknya!
1. Quiff Ikonik
Ini adalah gaya rambut yang paling sinonim dengan Zayn Malik, terutamanya di era One Direction. Potongan ini menampilkan sisi rambut yang pendek dan bahagian atas yang lebih panjang, memberikan aura maskulin dan sofistikated. Sesuai untuk acara kasual mahupun formal, gaya ini tidak pernah gagal memikat mata yang memandang.
2. Slicked-Back
Zayn Malik pernah mencuri perhatian dengan gaya rambut slicked-back yang rapi dan kemas ketika menghadiri salah satu acara karpet merah. Gaya ini menciptakan kesan mewah dan elegan yang tampak sederhana dan tidak berlebihan. Dengan rambut yang disikat rapi ke belakang, penampilan Zayn menjadi lebih tajam dan sofistikated. Untuk mencipta gaya ini, anda boleh menggunakan pomade atau wax rambut untuk memberikan kesan sleek, rapi, dan tahan lama.
3. Quiff Kerinting
Bagi mereka yang memiliki rambut kerinting, Zayn Malik menunjukkan bagaimana anda boleh embrace tekstur semula jadi dengan gaya quiff kerinting. Gaya ini memberikan penekanan pada rambut kerinting anda, sambil mencipta penampilan yang segar dan penuh karakter. Tidak perlu risau untuk meluruskan rambut anda, sebaliknya biarkan ia tampil dengan cara yang lebih bebas dan unik.
4. Undercut Buzz Cut
Jika anda inginkan gaya yang edgy namun tidak mahu berurusan dengan penjagaan yang rumit, undercut buzz cut adalah pilihan sempurna. Zayn Malik tampil dengan sisi rambut yang nipis dan buzz cut di atas, mencipta penampilan yang kemas, segar, tetapi tetap penuh dengan karakter. Gaya ini memberikan kesan minimalis, namun cukup versatil untuk dikenakan dalam pelbagai situasi sama ada untuk acara santai atau lebih formal tanpa perlu risau tentang penjagaan rambut yang memakan masa.
5. Rambut Panjang
Di era One Direction, Zayn Malik sering tampil dengan rambut panjang yang digayakan dengan belahan tengah atau sapuan ke tepi yang sedikit kusut. Gaya ini memberikan aura boy-next-door yang santai, tampan, dan penuh dengan pesona yang mudah didekati. Gaya effortless ini memberi kesan low-maintenance charm yang menawan, sesuai untuk mereka yang mahu tampil kasual.
6. Messy Textured Quiff
Gaya ini adalah variasi daripada quiff klasik yang diberi sedikit sentuhan messy yang lebih santai, Zayn Malik sering tampil dengan gaya ini, menggabungkan tekstur yang lebih bebas dan aura effortless yang penuh karakter. Untuk mendapatkan gaya ini, gunakan produk seperti mousse atau pomade untuk mencipta tekstur, kemudian biarkan rambut sedikit kusut agar penampilan nampak lebih relax.
7. Bleached Buzz Cut
Zayn Malik pernah mencuri tumpuan dengan buzz cut yang diputihkan sepenuhnya, mencipta penampilan yang berani dan penuh aura rockstar. Dengan warna putih yang menyerlah, bleached buzz cut menjadi pilihan terbaik bagi mereka yang mahu tampil luar biasa dan berani. Gaya ini memberi kesan edgy yang kuat. Jika anda mahu tampil dengan penampilan yang mencuri perhatian dan menunjukkan sisi berani anda, gaya ini adalah pilihan tepat!
Artikel Berkaitan: Tip Solekan Kekal On-Point! Sepanjang Konsert