Pentas berprestij Academy Awards ke-97 bukan sekadar meraikan pencapaian terbaik dalam dunia perfileman, tetapi juga menjadi medan utama untuk momen fesyen dan kecantikan yang paling dinantikan.
Tahun ini, karpet merah Oscar dihiasi dengan kehadiran ikon-ikon terkenal seperti Ariana Grande, Lalisa, dan Michelle Yeoh, serta penampilan pertama yang dinanti-nantikan dari Demi Moore. Oleh itu, EH! mengambil peluang ini untuk mengupas dengan lebih dekat gaya kecantikan selebriti hollywood yang paling ikonik yang mencuri perhatian kami di Oscars 2025.
1. Ariana Grande
Dicalonkan buat pertama kali untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Wicked, Ariana Grande tampil memukau dengan gaya bun tengah yang sleek, bulu mata foxy lentik, dan sentuhan glamor yang begitu ethereal. Solekan matanya yang berkilau, Bibirnya yang dibaluti rona ‘pinkish’ sementara tulang pipi yang terukir sempurna mencipta ilusi wajah yang lebih berdimensi menjadikan penampilannya salah satu kegemaran EH!
2. Lalisa
Baru sahaja membuat debut sebagai pelakon, Lalisa atau lebih dikenali sebagai Lisa BLACKPINK membawa aura cool girl meets Hollywood glam di Oscars 2025. Berani berbeza, Lisa memilih tuxedo hitam klasik dengan twist feminin yang memukau serta rambut perang keemasan dengan bangs berombak lembut yang menambahkan aura feminim pada penampilannya. Eyeliner hitam tebal membingkai matanya dengan intensiti menggoda, sementara solekan selebihnya kekal minimal dengan blush segar dan bibir nude pink.
3. Yvonne Orji
Pelakon berbakat Yvonne Orji tidak teragak-agak untuk tampil dengan gaya bob paras dagu yang rapi dan ‘blunt bangs’, menyerlahkan struktur wajahnya yang tajam dan berani. Potongan rambut ini bukan sekadar pilihan berani, tetapi juga antara trend rambut paling hangat tahun 2025, memberikan sentuhan edgy yang segar. Untuk solekan, Yvonne menambah elemen kejutan dengan eyeshadow pop biru yang mencipta kontras menarik dengan gincu matte nude yang menyeimbangkan keseluruhan penampilannya. Sofistikated, fierce, dan effortlessly cool!
4. Demi Moore
Dikenali dengan kecantikannya yang semula jadi, Demi Moore tampil di Oscars 2025 dengan gaya rambut panjang klasik yang dibiarkan bebas beralun serta
Solekannya sederhana yang cukup menawan, dengan kulit berseri, sapuan pembayang mata neutral, dan bibir bernuansa nude yang melengkapkan keseluruhan look. Demi membuktikan bahawa kadangkala, kecantikan yang paling memukau adalah yang paling effortless.
5. Michelle Yeoh
Tampil jelita dalam busana biru, bintang kelahiran Ipoh, Perak ini memilih gaya yang sofistikated dan timeless. Solekan rona nude yang lembut, pipi berona merah jambu segar, serta bibir nude natural melengkapkan kulitnya yang berkilau sihat, mencipta efek effortless glow yang begitu memikat. Namun, yang benar-benar mencuri perhatian adalah low bun yang disikat rapi.
Artikel Berkaitan: Oscar 2025: Gaya Bintang Bergemerlapan di Karpet Merah