Pasangan romantis, Sweet Qismina dan Adam Lee tampil bergaya dalam koleksi Skechers, GOwalk Max Cushioning Arch Fit.
Pasangan sama cantik sama padan, Sweet Qismina dan Adam Lee mencuri tumpuan dengan gaya santai tetapi tetap bergaya dalam koleksi Skechers GOwalk Max Cushioning Arch Fit. Bukan sahaja rekaan yang menangkap mata, tetapi koleksi kasut ini juga menawarkan keselesaan luar biasa, menjadikannya pilihan utama pasangan ini untuk gaya hidup aktif mereka.
Gabungan Empat Teknologi Revolusioner
Skechers, jenama terkenal dengan teknologi keselesaan inovatif, memperkenalkan Skechers Slip-ins: GOwalk Max Cushioning Arch Fit, kasut yang menggabungkan empat teknologi canggih dalam satu rekaan:
Hands-Free Slip-ins
Direka untuk kemudahan maksimum, kasut ini membolehkan pemakai menyarungnya tanpa perlu membongkok atau menggunakan tangan.
Arch Fit Technology
Teknologi yang dibangunkan berdasarkan lebih 120,000 imbasan kaki, memberikan sokongan optimal untuk postur yang lebih baik.
Max Cushioning
Kusyen ringan dan responsif untuk keselesaan sepanjang hari.
HYPER ARC
Membantu meningkatkan kecekapan berjalan dan memberikan langkah yang lebih lancar.
Reka bentuk ini sesuai untuk lelaki dan wanita, menawarkan kemudahan pemakaian, keselesaan, dan prestasi yang tiada tandingan.
-
Reka bentuk atas mono mesh bernafas.
-
Dilengkapi Heel Pillow eksklusif untuk keselesaan tambahan.
-
Insol Arch Fit yang boleh ditanggalkan untuk sokongan peribadi.
-
Reka bentuk atas sock-like engineered knit tanpa tali untuk pemakaian mudah.
-
Kusyen ULTRA FLIGHT ultra-ringan dan teknologi Arch Fit untuk sokongan sepanjang hari.
Untuk Wanita:
Warna tersedia: Black, Grey Aqua, Navy Lavender, White Mint, dan Black Multi.
Untuk Lelaki:
Warna tersedia: Taupe, Charcoal Red, Black, White Navy, dan White and Navy Orange.
Selain siri Slip-ins, Skechers turut memperkenalkan GOwalk Max Cushioning Arch Fit tanpa ciri Hands Free Slip-ins, direka khas untuk mereka yang mengutamakan keselesaan dan sokongan premium.
Untuk Lelaki:
-
Reka bentuk berbahan vegan dengan tali dan mesh
-
Boleh basuh dalam washing machine untuk kesegaran sepanjang hari
-
Midsole ULTRA FLIGHT ultra-ringan untuk daya tindak balas unggul
-
Teknologi HYPER ARC untuk langkah yang lebih lancar
-
Warna tersedia: Black Red, Navy dan White Black
Gaya dan Keselesaan dalam Satu
Dengan reka bentuk moden dan teknologi yang meningkatkan pengalaman berjalan, koleksi Skechers Slip-ins: GOwalk Max Cushioning Arch Fit sesuai untuk lelaki dan wanita. Malah, rekaannya bukan sahaja menawan, tetapi juga diperakui oleh American Podiatric Medical Association (APMA) sebagai pilihan kasut yang baik untuk kesihatan kaki.
Koleksi ini boleh didapati di stor Skechers terpilih seperti Pavilion KL, Sunway Pyramid, Suria KLCC, 1 Utama Shopping Centre, serta secara dalam talian di Shopee, Lazada, dan laman rasmi Skechers Malaysia.
Baca: Darien Aeld dan Nia Atasha Hangatkan Sesi Penggayaan EH! x SKECHERS