Rambut ibarat mahkota bagi wanita dan setiap mahkota layak diberi penjagaan yang rapi dan penuh kasih sayang. Namun, dalam kesibukan rutin harian, rambut sering menjadi mangsa terakhir diberi perhatian. Sama seperti kulit wajah yang memerlukan rejim penjagaan rapi dan di sinilah pentingnya hair mask.
Masker rambut bukan sekadar pelembap biasa ia adalah ‘hero’ yang bekerja keras di sebalik untuk merawat helaian rambut anda. Dirumus secara saintifik dengan bahan-bahan aktif berkualiti tinggi, masker rambut bertindak sebagai rawatan intensif yang membantu membaiki kerosakan, melindungi dan memberi nafas baharu kepada rambut anda.
Rambut kita melalui lebih banyak ‘drama’ daripada yang kita sedar. Tidak kira sama ada anda berdepan dengan masalah rambut kusam, bercabang, kering, nipis atau rosak akibat pewarnaan, pemilihan hair mask yang tepat mampu mengubah kondisi rambut anda. Untuk memudahkan anda memilih, EH! telah senaraikan lima hair mask terbaik pilihan kami yang patut dimasukkan ke dalam rutin mingguan anda.
1. BRIOGEO Don’t Despair, Repair!™ Deep Conditioning Hair Mask
Jika bercakap soal rambut, jenama BRIOGEO pasti dalam kepala. Masker ini bukan sekadar popular, tapi benar-benar berkesan terutamanya buat anda yang bergelut dengan rambut kering, rapuh atau rosak akibat terlalu banyak rawatan kimia dan alat panas.
Anggap saja ia sebagai CPR mingguan untuk helaian rosak. Dengan gabungan minyak rosehip, vitamin B dan ekstrak alga, mask ini bukan saja melembapkan tapi juga membaiki dari dalam, menjadikan rambut lebih kuat dan terurus. Dan paling menarik, 97% daripada formulanya terdiri daripada bahan semula jadi, sangat sesuai untuk anda yang cintakan produk clean beauty!
2. Sephora Collection Repairing Hair Mask
Siapa kata rawatan rambut berkualiti hanya boleh didapati di salon mahal? Sephora Collection Repairing Hair Mask buktikan sebaliknya. Selain harganya yang mesra poket, anda boleh mendapatkan mask ini dengan mudah di mana-mana butik Sephora berdekatan.
Menggabungkan tiga minyak yang bagus untuk rambut iaitu Inca inchi, baobab dan babassu bersama shea butter semula jadi yang menyuburkan, melembut dan menjadikan rambut lebih mudah diurus. Dalam hanya tiga minggu, rambut lebih lembut, berkilat dan kurang bercabang. Satu pilihan bijak untuk anda yang mahukan hasil pantas perlu berbelanja lebih ke salon.
3. Shiseido Sublimic ADENOVITAL Hair Mask
Jika anda mula perasan rambut semakin menipis, kurang volume atau terasa lemah setiap kali disikat, masker dari Shiseido ini adalah untuk anda. Dengan teknologi kecantikan dari Jepun yang terkenal dengan ketelitian dan keberkesanannya, Sublimic ADENOVITAL bukan sekadar rawatan rambut biasa. Ia menembusi jauh ke dalam helaian untuk membaiki kerosakan dari akar, sekaligus memberi kekuatan dan keanjalan semula jadi pada rambut.
Yang paling menarik, rawatan ini boleh dipersonalisasikan mengikut keadaan kulit kepala dan keperluan rambut anda. Jadi setiap penggunaan terasa seperti sesi spa eksklusif di rumah sendiri. Kalau selama ini anda fikir rawatan untuk rambut nipis hanya boleh didapati di salon profesional kini anda boleh merasakannya di rumah sendiri.
4. K18 Leave-In Molecular Repair Hair Mask
Tiada masa untuk tunggu lama di bilik air? Mask tanpa bilas dari K18 ini adalah jawapannya. Dengan teknologi peptida biomimetik yang canggih, masker ini membaiki kerosakan rambut akibat pewarnaan, bleaching, dan alat panas hanya dalam empat minit! Tak perlu bilas, cukup sapu dan biarkan ia meresap untuk hasil yang menakjubkan.
Rambut yang dulunya kering dan rapuh akan terasa lebih lembut, anjal dan sihat, seolah-olah baru keluar dari rawatan salon mewah. Mudah dan pantas! K18 bukan sekadar rawatan, ia adalah game changer bagi anda yang mencari cara praktikal dan berkesan untuk merawat rambut dalam masa yang singkat.
5. Kérastase Blond Absolu Masque Ultra-Violet
Anda pasti pernah dengar tentang syampu ungu khas untuk rambut berwarna? Ya! Kérastase Blond Absolu Masque Ultra-Violet adalah rahsia di sebalik penampilan rambut blonde dan kelabu yang sempurna. Masker ini dirumus khusus untuk menetralkan ton kuning dan oren yang sering muncul selepas proses pemutihan, memberikan warna yang lebih sejuk dan natural.
Dengan formula yang diperkaya dengan bahan-bahan berkualiti tinggi, ia bukan sahaja mengekalkan warna rambut cerah, tetapi juga menguatkan dan membaiki struktur rambut yang telah di bleach. Hasilnya, rambut anda akan kelihatan lebih terang, berkilat, dan sihat, seolah-olah baru keluar dari rawatan salon profesional.
Artikel Berkaitan: Kulit Naik Biji Halus? Ini Punca Dan Cara Rawat