Menjadi jenama ikonik buat generasi muda, Essence bukan sekadar jenama kosmetik biasa. Keistimewaannya terpancar melalui I LOVE EXTREME Crazy Volume Mascara yang bukan sahaja menjadi pelengkap solekan, malah mampu menyerlahkan kesegaran wajah sekelip mata. Selain hasil riasan bulu mata yang memukau, ia juga dikategorikan sebagai produk vegan, jadi tak salah apabila kami meletakkan maskara ini sebagai Maskara Pilihan 2025 EH!
Maskara ikonik, I LOVE EXTREME Crazy Volume Mascara ini dicipta khas untuk memberi kesan bulu mata yang lebih tebal, lentik dan dramatik dalam hanya beberapa sapuan. Diformulasikan dengan tekstur berkrim berwarna hitam pekat dan dilengkapi berus elastomer bersaiz besar, maskara ini memberikan hasil yang memukau seolah-olah anda mengenakan bulu mata palsu, namun kekal ringan dan selesa sepanjang hari.
Setiap sapuan pasti menyerlahkan keindahan mata anda dengan serta-merta. Telah diuji oleh pakar oftalmologi, maskara ini selamat digunakan oleh semua, termasuk mereka yang berkaca mata atau mempunyai mata sensitif.
Berpangkalan di Jerman dan diasaskan sejak tahun 2002, essence sentiasa berpegang kepada prinsip kecantikan yang bertanggungjawab dan inklusif. Lebih 90 peratus produknya dihasilkan di Eropah, menggunakan 100 peratus bahan vegan, bebas mikroplastik, tidak diuji ke atas haiwan, dan sentiasa selaras dengan trend terkini, menjadikan jenama ini pilihan utama bagi mereka yang mahukan kecantikan yang mudah diakses, menyeronokkan, dan bebas.
TIP BULU MATA MEMUKAU
Ada beberapa langkah yang boleh menjadikan solekan mata lebih memukau. Ikuti tip ini jika mahu efek maskara lebih menawan dan tahan lama.
1- Lentikan bulu mata terlebih dahulu dengan pelentik bulu mata (eyelash curler).
2- Apabila menarik keluar berus maskara, elakkan pam berulang kali. Hanya perlu tarik dan sapu lebihan maskara pada berus maskara.
3- Sapu maskara dengan posisi lekuk berus maskara menyamai lekuk bulu mata (melintang). Mulakan sapuan dari pangkal bulu mata dan tarik ke hujung.
4- Kemudian, dengan menggunakan berus maskara, sapu lebihan maskara dalam pergerakan zig zag untuk memastikan maskara tidak bergumpal.
5- Posisikan berus maskara dalam keadaan menegak, dan sapu bahagian bulu mata yang paling dekat dengan hidung.
Jika ingin mencuba I LOVE EXTREME Crazy Volume Mascara (RM24 setiap botol) ini boleh klik pautan ini!
Baca: Gaya Natural atau Artistik, Essence adalah Pilihan Terbaik!