Harum dan ‘ringan’, itu impresi pertama kami saat pertama kali merasai titisan minyak ini. Siapa sangka dari sebotol minyak yang jernih ini, rambut akan rapi terjaga, tidak mengerbang, berkilat-kilat, lembut dan semestinya berbau harum. Jadi tak hairan jika inilah minyak rambut paling berinovasi dan kami angkat sebagai Minyak Perapi Rambut Pilihan EH! tahun ini.
Kérastase Glaze Drops, produk terbaru yang menyempurnakan rangkaian Gloss Absolu yang dicipta khusus untuk rambut sihat beralun dan bersinar seperti yang diidamkan mana-mana wanita termasuklah kelompok gen-Z.
Kérastase Glaze Drops dicipta demi memenuhi kehendak penggunanya yang dambakan satu produk yang membuat rambut beralun ringan (bouncy). Berpandukan kajian Kérastase, 40 peratus orang muda mengalami kulit kepala berminyak biarpun rambut baru dicuci. Manakala 64 peratus wanita yang berambut panjang berdepan dengan masalah rambut mengerbang terutamanya mereka yang tinggal di kawasan yang panas-lembap (humid).
Mungkin ada yang fikir di pasaran memang sudah ada produk yang mengawal kesan rambut mengerbang seperti perapi tanpa bilas (leave-in-conditioner) mampu mengawal kondisi rambut tetapi ada efek lain seperti rambut menjadi leper (flat), tidak beralun (bouncy), melekit dan berminyak-minyak.
Apa yang Kérastase buat untuk meleraikan masalah ini? Mereka menjalankan kajian untuk menghasilkan produk yang mampu mengimbangi antara rambut yang rapi, beralun ringan dan kelihatan lembut berkilat.
Mengikut kajian Kérastase, rambut yang frizzy ada banyak kaitannya dengan kutikel rambut. Kutikel yang terbuka akan membuatkan rambut nampak kasar, dan mendedahkannya kepada beberapa peringkat humidity, jadi Kérastase memberi perhatian dalam memelihara kutikel agar rapat dan kuat. Bila kutikel rambut sihat ia lebih kuat untuk menentang faktor yang boleh menyebabkan rambut mengerbang dan rosak.
Masalah rambut kusam pula terjadi atas beberapa faktor, antara yang utama ialah rambut berminyak (sebum), habuk dan partikel halus yang meliputi fiber rambut sekaligus menghalang refleksi cahaya pada rambut. Jadi Kérastase juga memberi fokus pada cucian rambut yang sempurna dan melembutkan permukaan fiber rambut.
KOMBINASI TIGA BAHAN HEBAT
Asid Hyaluronik
Ini antara bahan yang paling popular dalam kandungan produk penjagaan kulit dan fungsinya adalah untuk mengekalkan kelembapan dan ‘mengikat’ kandungan air untuk menghidrat serta membuat rambut lebih kuat dan sihat.
Asid Glikolik
Secara semula jadinya asid ini terhasil dari buah-buahan dan ia merupakan bahan yang berkesan untuk pengelupasan. Asid glkikolik punya kemampuan menembusi masuk ke dalam kutikel rambut untuk menguatkannya.
Wild Rose In Oil
Wild Rose in Oil memberikan aroma yang segar dan tentu sekali amat feminin. Kérastase percaya bau ini mampu merangsang deria gen-Z.
Jadi apakah manfaat dari bahan-bahan yang terkandung di dalam Kérastase Glaze Drops ini? Ia merapikan rambut, menjadikannya lembut dan bersinar tanpa membuatkannya terasa berat. Ia turut melembap tanpa meninggalkan rasa berminyak. Dalam masa empat hari penggunaan, anda akan nampak perubahan pada rambut, lebih rapi, mudah dikawal dan beralun kemas.
Cara menggunakannya mudah, titiskan beberapa titik pada tapak tangan dan ratakan pada keseluruhan rambut. Berapa titis? Bergantung pada kepanjangan rambut anda.
Untuk hasil penjagaan yang optimum, lengkapkan rejim penjagaan dengan rangkaian Gloss Absolu yang lain seperti Bain Hydra-Glaze Shampoo untuk cucian rambut. Kemudian sapukan perapi rambut Insta Glaze, ratakan pada rambut dan biarkan tiga hingga lima minit dan kemudian dibilas bersih. Kemudian diikuti dengan semburan Anti-Frizz Glass Milk, yang mana semburan ini menyelesaikan masalah rambut kusut, melembut serta menjadi pelindung dari haba dan humidity. Kemudian sempurnakan rutin penjagaan dengan sapuan Glaze Drops.
Anda boleh dapatkan Kérastase Glaze Drops (RM199) di Sephora atau boleh sahaja klik pautan INI untuk pembelian secara dalam talian.
BACA: Trend Rambut Pendek Kembali! Ini Selebriti yang Mencuri Tumpuan