Stail selebriti sentiasa jadi inspirasi. Bulan Jun ini, jom lihat tas tangan yang jadi pilihan utama mereka!
Dunia fesyen tidak pernah tidur, dan tas tangan terus menjadi simbol gaya dan status. Bulan Jun ini menyaksikan deretan selebriti ternama, termasuk ikon pop Taylor Swift menggayakan tas tangan mewah dan trendy yang menjadi bualan. Dari yang minimalis hingga ke statement pieces, ini dia pilihan selebriti yang mendominasi radar fesyen!
Sydney Sweeney
Sydney Sweeney mencuri tumpuan di luar studio Good Morning America dengan penampilan elegan, menggayakan tas tangan suede dari Magda Butrym. Aksesori mewah itu melengkapi gaya sofistikatednya yang berona coklat espresso, blazer dress arkib daripada koleksi Jean Paul Gaultier Musim Luruh 2005.
Magda Butrym Apolonia Bag in Brown Suede
Harga: RM8100
Miley Cyrus
Tas tangan klasik Chanel menjadi pelengkap gaya Miley Cyrus yang hadir di acara tahunan meraikan pembikin filem wanita. Sesuai untuk cuaca hangat di New York, Miley tampil dalam busana serba hitam daripada Chanel, menggayakan vest kulit hitam yang dipadankan dengan skirt pleated.
So Hee
Tas tangan ikonik Dior Caro Bucket Bag menjadi pelengkap sempurna kepada gaya Han So Hee yang tampil anggun dalam persalinan penuh Dior dari atas hingga bawah, ketika dalam perjalanan ke Rom bagi menghadiri Pertunjukan Dior Cruise 2026.
Dior Caro Nano Bucket Bag in Latte Macrocannage Lambskin
Harga: RM 14,500
Taylor Swift
Tas tangan Gucci hitam Bamboo 1947 menjadi pelengkap gaya glamor Taylor Swift yang tampil memukau dalam busana dari Gucci, gaun hitam mini yang dihiasi sulaman kristal ketika keluar malam di New York City bersama Selena Gomez.
Gucci Bamboo 1947 Small Bag
Yujin
Tas tangan berona coklat dari Celine menjadi pelengkap sempurna kepada gaya kasual Yujin yang turut menggayakan busana serba Celine, menyerlahkan estetika ringkas namun mewah.
Celine Medium Ava Triomphe Bag in Smooth Calfskin Tan
Harga: RM 12,000
Julia Garner
Tas tangan Gucci quilted berona kuning cair menjadi pelengkap sempurna gaya Julia Garner yang anggun dalam gaun halter mini hitam ketika menghadiri Festival Filem Cannes.
Gucci GG Marmont Small Shoulder Bag
Baca: Kempen Beg Tangan Pra-Luruh 2025, Tas Tangan Mana Menambat Hati?