Di sebalik imej glamor yang kita lihat di karpet merah, Selebriti Hollywood juga ada rutin mereka sendiri. Ringkas, konsisten, dan real. Bukan semuanya bergantung kepada genetik yang sempurna atau sentuhan glam team semata. Ada usaha di sebaliknya.
Dalam dunia glamor Hollywood, kita sering membayangkan kecantikan selebriti datang daripada genetik yang sempurna dan sentuhan ajaib barisan glam team terhebat. Tetapi hakikatnya, kulit glowing yang tampak effortless itu bukan sekadar magik semulajadi ianya hasil disiplin harian, pemilihan produk yang tepat, dan rutin self-care yang dijaga dengan penuh konsisten.
Menariknya, ada juga selebriti yang tampil begitu natural seolah-olah bangun tidur pun sudah sedia untuk menghiasi muka depan majalah fesyen. EH! himpunkan perkongsian jujur daripada beberapa bintang Hollywood yang sering menjadi inspirasi dalam dunia kecantikan. Daripada tip penjagaan kulit yang mereka amalkan, sehinggalah ke produk kegemaran yang wajib ada dalam beg tangan mereka.
1. Zendaya
Pelakon, penyanyi dan ikon fesyen ini memang tidak pernah gagal tampil dengan kulit yang glowing ala glass-skin yang ramai impikan. Dalam beberapa temu bual, zendaya sendiri mengaku yang dia sangat menjaga kulit wajahnya walaupun dengan rutin yang minimal dan tidak terlalu rumit. Menurutnya, dia lebih suka pendekatan yang ringkas dan tidak perlu sepuluh langkah, asalkan tahu apa yang sesuai dengan kulit sendiri.
Tip Zendaya: “Less is more. saya suka mencuci muka menggunakan guna air suam, pakai serum ringan dan sunscreen setiap hari.”
Produk Pilihan Zendaya: CeraVe Facial Moisturising Lotion, The Body Shop Vitamin E Overnight Serum‑in‑Oil dan Lancôme UV Expert Aqua Gel SPF 50
2. Hailey Bieber
Nama Hailey Bieber semakin hangat disebut akhir-akhir ini, terutama selepas kerjasama eksklusifnya bersama e.l.f. Beauty yang mengukuhkan lagi statusnya sebagai ikon kecantikan. Isteri kepada Justin Bieber ini juga dianggap sebagai ‘clean girl aesthetic’ pada tahun ini. Kulitnya yang licin dan sentiasa nampak dewy membuatkan ramai gadis di TikTok menjadikan Hailey sebagai rujukan utama dalam dunia kecantikan. Selain daripada produk skincare miliknya, Hailey juga berkongsi dia gemar menggunakan gua sha kerana ia membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan puffiness dan menjadikan wajah lebih runcing tanpa perlu sebarang filter.
Tip Hailey Bieber: “Saya suka skincare yang ‘layering’. Saya pakai peptide glaze, kemudian facial oil dan balm untuk ‘lock’ semua hydration.”
Produk Pilihan Hailey Bieber: Rhode Peptide Glazing Fluid, Rhode Barrier Restore Cream, Gua sha
3. Lily Collins
Sejak kemunculan Emily in Paris, aura Lily makin bersinar, dan gaya effortless-nya mula menjadi rujukan kecantikan di seluruh dunia. Bagi Lily, kecantikan sebenar bermula dari dalam tubuh yang tenang, rutin yang konsisten, dan hati yang tidak terburu-buru mengejar kesempurnaan. Tanpa perlu banyak usaha atau solekan berlapis, baginya, rehat yang berkualiti adalah rahsia sebenar kulit cantik. “You can’t fake a good night’s sleep,” katanya dalam satu temu bual dan memang jelas, ketenangan dari dalam itu benar-benar terpancar pada wajahnya.
Tip Lily Collins: “Gunakan face roller setiap malam, tidur awal dan less foundation, more skincare”
Produk Pilihan Lily Collins: Bi-Facil Makeup Remover, Lancôme Génifique Sheet Mask, Burt’s Bees Lip Balm
4. Sydney Sweeney
Berbeza dengan kebanyakan selebriti yang sering tampil dengan kulit sempurna, Sydney Sweeney pernah mencuri perhatian ramai apabila gambarnya yang menunjukkan kulitnya yang breakout tular di media sosial. Namun daripada menyembunyikannya, pelakon Euphoria ini tampil berani dan jujur mengakui bahawa dia sendiri berdepan dengan masalah kulit. Dia memberi tumpuan penuh kepada rutin penjagaan yang skin barrier-friendly, lembut, tidak mengandungi pewangi, dan dirumus khas untuk kulit sensitif. Baginya, kunci kepada kulit sihat bukan terletak pada produk yang mahal, tetapi pada formula yang menjaga keseimbangan semula jadi kulit.
Tip Sydney Sweeney: “Saya tidak guna apa-apa dengan alkohol. Saya stick to gentle cleanser dan moisturiser basic sahaja.”
Produk Pilihan Sydney Sweeney: Laneige, La Roche-Posay, dan Aquaphor lip balm.
5. Rihanna
Tampil di pentas dunia dengan imej mengandung, kecantikannya mencuri perhatian ramai. Sebagai pengasas Fenty Beauty, di sebalik aura mengandungnya, Rihanna mengekalkan rutin penjagaan kulit yang ringkas menggunakan produk jenamanya sendiri, Fenty Skin. Dalam temu bual bersama Vogue, dia berkongsi bahawa rutin penjagaan wajahnya kekal ringkas dan praktikal. Bagi Rihanna, penjagaan kulit bukan beban atau ‘homework’ harian, tetapi satu bentuk self-care dan cinta terhadap diri sendiri.
Tip Rihana: “saya suka guna toner berbentuk essence dan exfoliate dua kali seminggu. Kulit saya suka bila saya manjakan dia.”
Produk Pilihan Rihanna: Fenty Skin Total Cleans’r Remove-It-All Cleanser, Fenty Skin Fat Water Pore-Refining Toner Serum
Artikel Berkaitan: 5 Selebriti Hollywood Dengan Transformasi Paling Mengejutkan