Bermula dari sebuah bengkel kecil di Street, Somerset, kini Clarks meraikan kegemilangan 200 tahun sebagai salah satu jenama terkemuka dalam dunia pembuatan aksesori khususnya kasut.
Ikon kasut yang memadukan inovasi, ketukangan halus dan keselesaan tiada tandingan, Clarks kekal relevan merentas generasi.
Dua Beradik, Satu Visi
Kisah Clarks bermula pada tahun 1825, apabila Cyrus Clark membuka perniagaan barangan kulit. Bersama adiknya, James, mereka mencipta kasut daripada sisa kulit, simbol kecekapan dan inovasi. Nilai-nilai inilah terus menjadi teras jenama Clarks.
Berakar di Somerset Semenjak 1825
Ibu pejabat Clarks kekal di Somerset sejak diasaskan oleh Cyrus dan James Clark, pengikut ajaran Quaker. Anak James, William, meneruskan legasi mereka dengan menegakkan nilai kesaksamaan dan kebajikan pekerja, termasuk membina rumah yang masih wujud hingga hari ini sebagai simbol komitmen sosial Clarks.
Musim Panas di Landskap Somerset
Tornhill Bee, Gaya Klasik Bertemu Trend Moden
Clarks Torhill Bee merupakan kombinasi sempurna antara warisan reka bentuk klasik dan gaya moden. Terinspirasi daripada model ikonik Wallabee, kasut ini mengekalkan elemen klasik Clarks seperti jahitan kemas dan bentuk kotak jari yang unik.
Apa yang membezakan Torhill Bee ialah tapaknya yang tebal dan bertekstur, diinspirasikan daripada rekaan ‘Big Gripper’ era 90-an. Tapak ini bukan sahaja memberikan keselesaan dan cengkaman yang baik, malah menampilkan gaya yang berani dan sesuai dengan trend streetwear masa kini.
Diperbuat daripada suede lembut dengan warna-warna alam semula jadi, koleksi ini memberi sentuhan hangat dan kasual yang mudah dipadankan. Ia juga merupakan alternatif bergaya kepada kasut sneakers , sesuai untuk mereka yang inginkan kelainan, tanpa mengorbankan keselesaan.

Dari kolaborasi bersama Drake yang laris dalam 11 saat hingga kejayaan Torhill yang telah terjual lebih 400,000 pasang, Clarks terus mendefinisikan semula fesyen pembuatan kasut dunia.
Solesbury Mule, Slip-On Mewah untuk Setiap Gaya
Solsbury Mule mengambil inspirasi daripada Clarks Originals Desert Trek™, mengekalkan perincian jahitan ikonik namun diberi nafas baharu dengan potongan slip-on yang bernafas, sempurna untuk cuaca panas.
Gesper logam memberikan pelarasan yang peribadi,manakala tapak ringan memastikan keselesaan optimum sepanjang hari.
Bagi Wanita yang Bergaya
Daiss30 Dazz, Elegan dalam Setiap Langkah
Gabungan gaya moden dan keselesaan elegan, Daiss30 Dazz menyerlahkan penampilan setiap langkah. Reka bentuk tumit blok memberikan kestabilan tanpa mengorbankan gaya, manakala bahagian atas kulit halus disempurnakan dengan siluet ringkas yang feminin.
Sesuai dipadankan untuk acara kasual mahupun formal, kasut ini menawarkan keselesaan sepanjang hari dengan sentuhan sofistikated yang memikat.
Freckle Ice, Ringan dan Feminin
Sentuhan ceria pada gaya kasual klasik, ballet flat Freckle Ice pasti menyerlahkan langkah anda. Reka bentuknya yang ringkas diserikan dengan perincian jahitan dan hiasan riben halus di bahagian atas, memberikan gaya minimalis yang elegan.
Kasut yang sangat ringan ini juga dilengkapi dengan pelapik kulit bernafas untuk keselesaan dan sokongan yang hebat sepanjang hari.
Satu Pasang, Pelbagai Gaya
CraftArlo Step
CraftArlo Step menyerlah dengan keselesaan ikonik Clarks dan gaya versatil yang mudah disuai padan dengan apa jua penampilan. Rekaan loafer moden ini dilengkapi dengan kemasan rapi dan lapisan empuk untuk keselesaan sepanjang hari.
Reka bentuknya diinspirasikan daripada Craftmaster, gaya arkib Clarks yang diperkenalkan pada tahun 1952.
Straven Edge
Straven Edge ialah interpretasi moden Clarks terhadap trend loafer, direka daripada kulit klasik dan dilengkapi dengan lapisan empuk serta tapak ringan yang fleksibel.
Garis rekaan yang lembut diinspirasikan daripada arkib Clarks, sebagai penghormatan kepada Vacator, loafer ikonik dari era terdahulu.
Ikon Sejati Dunia Hiburan
Dari The Beatles, David Bowie hingga RUN D.M.C. dan LeBron James , Clarks telah menjadi pilihan ikon dari pelbagai budaya. “Wallabees ialah kasut gaya ayah saya, dan kini ia gaya saya,” kongsi Eric Haze. Liam Gallagher pula mengakui, “Saya obses dengan Clarks sejak zaman Oasis, dan masih lagi.”
Reka Bentuk Ikonik, Dari Dulu Hingga Kini
Dengan lebih 22,000 gaya, Clarks meraikan rekaan klasik abadi seperti Wallabee, Desert Boot, dan Desert Trek. Rekaan ini telah memberi pengaruh kepada generasi demi generasi dan kekal sebagai ikon budaya. Pada 26 April 2024, Clarks melancarkan Wallabee Day yang pertama, meraikan kasut ikonik yang digemari di seluruh dunia.
Filem Dokumentari Eksklusif
Pada Februari lalu, Clarks telah melancarkan sebuah dokumentari epik hasil kolaborasi bersama Set Free Richardson dan agensinya, Compound sebagai satu keraian merayakan ulang tahunnya yang memasuki dua abad. Filem ini membawa penonton menyusuri sejarah 200 tahun Clarks, dari slipper kulit biri-biri pertama hingga menjadi kegilaan budaya pop masa kini.
Bintang-bintang yang tampil termasuk Ghostface Killah (Wu-Tang Clan), Liam Gallagher (Oasis), Eric Haze, pereka Martine Rose dan Tim Crumplin, arkivis Muzium Shoemakers. Mereka membuktikan bahawa Clarks bukan sekadar kasut, ia legasi budaya!
Buku Edisi Terhad Dua Abad
Clarks juga akan melancarkan buku edisi terhad oleh penulis terkenal Alexander Newman a.k.a. Al Fingers (pengarang Clarks di Jamaica). Buku ini menyusuri pengaruh Clarks dalam dunia hip-hop New York, reggae Jamaica, Mod Britain dan fesyen jalanan Jepun, lengkap dengan iklan vintaj dan koleksi foto yang memukau.
Tahun ini, Clarks sudah pun membuka tirai 2025 dengan pertunjukan eksklusif di Paris Fashion Week, pelancaran dokumentari, dan bakal mengeluarkan buku edisi terhad, dan pembukaan Muzium Shoemakers. Masa depan Clarks bukan sekadar kasut, ia adalah kisah berterusan tentang warisan, gaya dan impak global.