Siri jelajah En Route to EH!xperience x Kérastase meneruskan hari ke-3 ke MMU Cyberjaya dan kali ini suasananya lebih meriah dengan kehadiran figura seni suara dan fesyen tempatan.
Kejutan istimewa hari itu adalah kehadiran penyanyi berbakat, Aisha Retno, yang bukan hanya memukau dengan aura bintangnya, tetapi turut berkongsi pengalaman sebagai penyanyi, serta tip kecantikan dan penjagaan diri yang diamalkan sepanjang kariernya.
Berbeza dengan hari-hari sebelumnya, MMU Cyberjaya punyai pertandingan kreatif melukis tas tangan, hasil kerjasama bersama jenama fesyen Nazifi Nasri. Pelajar diberi peluang untuk mengekspresikan kreativiti masing-masing dengan melukis tas tangan.
Reka bentuk paling unik dan memukau bakal membawa pulang tas tangan eksklusif dari Nazifi Nasri, menjadikan aktiviti ini antara highlight utama hari tersebut!
Seperti biasa, masterclass bersama produk terbaru Glaze Drops by Kérastase kekal menjadi tumpuan ramai. Pelajar diberi peluang mencuba produk secara langsung sambil mendapat panduan cara penggunaannya daripada pakar, menjadikan pengalaman lebih informatif dan praktikal.
Suasana tambah meriah dengan Memory Game padankan gambar produk Kérastase, yang mencabar kecekapan ingatan peserta dan mencetuskan gelak tawa.
Kopi percuma dari @hwc_malaysia sekali lagi menjadi pilihan utama pelajar yang ingin berehat seketika sebelum meneruskan aktiviti. Ruang Selfie & Slay bersama @canonmalaysia pula tidak pernah sunyi – pelajar tampil yakin bergaya, mencipta konten, dan merakam memori indah bersama rakan-rakan.
Tidak ketinggalan, sudut Draw My Hair memberi peluang kepada pelajar untuk mengekspresikan impian gaya rambut mereka dalam bentuk seni lukis, menjadikan keseluruhan pengalaman lebih menyeluruh dan menyeronokkan.