Memasuki minggu kedua siri jelajah En Route to EH!xperience x Kérastase di UCSI University, hari kelima ini menampilkan kelainan dengan kehadiran figura fesyen dan digital yang sangat dikenali di kalangan Gen Z, Nia Atasha dan kehadiran selebriti…
Dalam sesi perkongsian yang santai namun sarat dengan motivasi, Nia Atasha membuka rahsia di sebalik kejayaannya dalam dunia peragaan dan penciptaan kandungan.
Beliau turut berkongsi tip penting bagaimana mengekalkan penampilan menarik di hadapan kamera, serta mengekalkan rambut sihat walaupun sering terdedah kepada pelbagai produk gaya. Antara produk wajibnya? Tiada lain selain Glaze Drops by Kérastase, serum ajaib yang menjadikan rambut lebih bersinar dan kemas sepanjang hari, sama ada di set penggambaran mahupun ketika bersantai.
Kelainan paling mencuri tumpuan di UCSI adalah kehadiran jenama fesyen tempatan Asly oleh Yaya Zahir. Yaya sendiri turut turun padang, berinteraksi dengan pelajar dan memperkenalkan activation kepada para pelajar. Fashion pop-up ini bukan sahaja membawakan seleksi fesyen terkini yang digemari ramai, malah menjadi lokasi tumpuan bagi peminat streetwear dan gaya bold ala selebriti tempatan.
Sudut masterclass Glaze Drops bersama @kerastase_official masih menjadi aktiviti utama dengan ramai pelajar mengambil peluang untuk mencuba produk terkini ini secara langsung.
Aktiviti sampingan turut menceriakan suasana, Memory Game padankan gambar produk Kérastase bukan sekadar permainan biasa, tetapi satu cara pintar memperkenalkan produk dalam suasana santai dan menyeronokkan. Di sisi lain, pelajar tidak melepaskan peluang menikmati kopi percuma daripada @hwc_malaysia, menjadikan sesi ini lebih rileks dan ‘ngopi’ sambil bergaya.
Ruang Selfie dan Slay bersama @canonmalaysia pula menjadi spot untuk bergaya, berpose dan mencipta kandungan media sosial dengan hasil tangkapan berkualiti tinggi.
Aktiviti Draw My Hair kekal menjadi ruang ekspresi kreatif dari gaya rambut unik hingga reka bentuk yang lucu!
Baca: Ceritera Tentang Gaya Bersama Yaya Zahir, Salah Satunya Tentang Peminat ASLY