Saban bulan kami menerima produk penjagaan kulit dari pelbagai jenama dan bermacam-macam fokus belaianannya, dari mencerah, menghidrat sampailah yang mengurangkan kesan penuaan. Dan untuk bulan ini, kami sebulat suara setuju ini antara produk penjagaan kulit yang menarik dan terbaik.
LANCOME ABSOLUE LONGEVITY THE SOFT CREAM
Apakah bahan dalam penjagaan kulit yang paling trending ketika ini? Jawapannya pastilah PDRN. PolyDeoxyRiboNucleotide atau singkatannya PDRN adalah bahan yang sedang mendapat perhatian dan trending di Korea Selatan dek keberkesanannya dalam mencantikkan kulit. Ia adalah bahan yang diekstrak dari fragmen genetik atau DNA sel bahan tertentu (haiwan atau tumbuhan), dimana ia bertindak sebagai healing booster untuk meningkatkan ketahanan kulit, menjadikannya lebih anjal, lembap, mulus dan menghasilkan ton kulit lebih sekata. Antara PDRN yang terkenal diambil dari salmon, teh hijau dan Lancôme mendapatkan sumber PDRN nya dari bunga mawar.
Lancôme Absolue Longevity The Soft Cream baharu, inovasi transformatif yang direka untuk mendefinisi semula daya tahan kulit. Ia disempurnakan dengan Absolue PDRN—bahan eksklusif dan dipatenkan menerusi Absolue Longevity The Soft Cream yang baharu. Krim ini terbukti secara klinikal yang mana mampu mengurangkan lima tahun tanda penuaan dalam masa sebulan sahaja. Lancôme Absolue Longevity The Soft Cream, RM1,240 (60ml) dan RM800 (30ml).
AESOP LUCENT FACIAL REFINER
Sapu rata pada kulit dan biarkan selama 15 minit kemudia bilas, gunakan dua kali seminggu untuk kulit yang lembut, anjal dan berseri. Inilah yang ditawarkan Aesop menerusi produk terbarunya, Lucent Facial Refiner. Ia mengandungi manfaat pengelupasan untuk kulit wajah hasil gabungan BHA asid salisilik serta PHA Gluconolactone yang mana dua bahan ini bertindak untuk menyingkir sel kulit mati dan memperbaiki tekstur kulit. Ia turut mengandungi vitamin E, Provitamin B5 dan vitamin F.
Dan Aesop kita memang sudah tahu produknya punya bau-bau yang merangsang deria bau, menenangkan, dan pupur yang ini baunya diserlahkan dengan gabungan frankincense, kayu cendanan dan kelopak bunga mawar. Aesop Lucent Facial Refiner, RM375.
OLAY SUPER SERUM
Serum ini terjual sebotol setiap seminit di Amerika Syarikat, dan kini produk kebanggaan Olay ini mula dijual di Malaysia. Olay Super Serum dimewahi dengan bahan-bahan hebat untuk kulit seperti niacinamide, vitamin C, peptide kolagen, vitamin serta AHA yang bergabung untuk membelai dan menghasilkan kulit yang sihat berseri-seri. Niacinamide yang diaktifkan atau dikenali juga sebagai vitamin B3 berfungsi untuk menggalakkan penghasilan sel-sel kulit, meratakan ton serta menyelesaikan masalah ton kulit yang tidak rata. Olay Super Serum (RM 209.90) menjanjikan perubahan kondisi kulit dalam masa dua minggu.
SK-II GENOPTICS AIRY UV CREAM & CC PRIMER (SPF 50+ / PA++++)
Bukan sekadar pelindung kulit dari sinar matahari, produk ini hadir sebagai krim wajah 5 dalam 1 yang melembap, mencerah, menganjal, sebagai primer dan semestinya melindungi kulit dari pancaran matahari. Ia bukan krim tabir suria biasa-biasa kerana ia mampu melindungi kulit sehingga lapan jam. Ia juga hadir dalam tiga ton; Airy, Rosy dan Beige.
SK-II GenOptics Airy UV Cream & CC Primer (SPF 50+ / PA++++) diperhebat dengan bahan ikonik SK-II yakni Pitera™ yang kita sudah tahu fungsinya yang mampu untuk memperkuat pertahanan kulit. Ia turut disempurnakan dengan niacinamide yang terbukti baik untuk memperbaiki ton kulit dan mencerah. Lagi satu, produk dari rangkaian pencerah SK-II ini juga mengandungi bisabolol, memuluskan kulit serta mengurangkan kesan kemerahan apda kulit. Siap sedia untuk mengalami kulit yang berseri dengan segera!
LA PRAIRIE SKIN CAVIAR HYDRO EMULSION
Bukan sekadar pelembap kulit, apa yang diperkenalkan oleh La Prairie ini lebih dari itu kerana kali ini mereka melancarkan Caviar Hydroessence menerusi botol birunya yang ikonik. Memanfaatkan unsur kaviar yang larut air dan kaya dengan protein, Hydroessence menumpukan pada epidermis kulit — pintu masuk sebenar kepada ketegasan — dengan ketepatan dan tujuan. Lama kelamaan, lapisan halus ini mula goyah, menjadi terdedah kepada garis-garis halus dan strukturnya juga lemah. Skin Caviar Hydro Emulsion menangani perkara ini secara langsung, memberikan penutup penghidratan ultra-ringan sambil mengukuhkan ketahanan kulit.
Diformulasikan dengan campuran eksklusif Kaviar Hydroessence, Caviar Micro-Nutrients, dan La Prairie’s Exclusive Cellular Complex™, trifecta yang kuat ini menyemarakkan proses pembaikan kulit, menguatkan penghasilanm asid hyaluronik, dan melicinkan serta menegangkan kulit. Kajian klinikal menunjukkan peningkatan 70 peratus dalam penghidratan. Harganya RM2,250 (70ml).