Tiada yang lebih bermakna daripada membawa pulang sekeping kenangan bergambar bersama Canon! Sepanjang siri jelajah En Route To EH!Xperience yang berlangsung dari 23 Jun hingga 3 Julai 2025 di 8 buah universiti terpilih, pelbagai momen indah telah dirakam dan dikongsi bersama.
Antara tarikan utama sepanjang siri jelajah En Route To EH!Xperience pastinya ruang istimewa bergambar yang disediakan bersama Canon. Pelajar bukan sahaja berpeluang merakam mirror selfie menggunakan kamera Canon berkualiti tinggi, malah dapat bergaya sakan di hadapan cermin konveks yang unik, menjadikan setiap tangkapan tampak lebih kreatif dan luar biasa.
Rata-rata pelajar kelihatan teruja dan tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri pengalaman ini. Ada yang datang beramai-ramai bersama rakan, ada juga yang gigih menyusun gaya dan pose terbaik untuk hasil gambar yang slay! Tawa, jeritan keseronokan, dan pujian terhadap hasil gambar yang jelas dan cantik benar-benar menghidupkan suasana.
Lebih menarik, gambar yang dirakam boleh dicetak serta-merta dan dibawa pulang sebagai kenangan peribadi. Reaksi para pelajar sewaktu menerima cetakan gambar mereka penuh keterujaan! ada yang terus berkongsi di media sosial, dan ada yang menyimpan rapi sebagai memori istimewa. Inisiatif ini nyata berjaya mencipta momen yang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga bermakna buat semua yang terlibat.
Baca: En Route To EH!xperience x HWC Coffee Tarik Perhatian Gen Z!