Siapa sangka, selipar dulu sekadar alas kaki santai dan kini menjadi simbol gaya di pentas fesyen dunia.
Dulu, selipar hanyalah alas kaki kasual yang kita sarung tanpa berfikir panjang—sesuai untuk ke kedai runcit, berjalan di tepi pantai, atau sekadar bersantai di rumah. Tetapi kini, item yang suatu ketika dianggap ‘biasa-biasa’ ini telah mendapat tempat di hati pereka terkenal, selebriti, dan ikon gaya di seluruh dunia. Dari pentas peragaan Paris hingga jalan-jalan bergaya di Tokyo, selipar kini bukan sekadar lambang keselesaan, ia adalah pernyataan fesyen yang sedang mencipta gelombang global.
Kylie Jenner
Kylie Jenner sememangnya antara selebriti yang sering menjadi trendsetter. Selipar dipadankan dengan corak polka dot? sememangnya ‘on trend’!
Olivia Rodrigo
Summary vibes! Olivia Rodrigo memadankan selipar hitam dengan gaun pendek, topi bucket, dan cermin mata hitam yang memberi sentuhan santai namun tetap bergaya.
Addison Rae
Gaun dan selipar memang gabungan serasi untuk musim panas. Addison Rae menggayakan selipar hitam yang tampak semakin menyerlah dengan padanan rona kukunya yang berona putih.
Gigi Hadid
Gigi Hadid menggayakan sepasang seliper jingga terang yang berbentuk petak di bahagian hadapan bersama gaun tweed comel.
JLo
JLo memuat naik beberapa gambar dari percutiannya di Mesir di Instagram, menggayakan selipar metalik emas minimalis yang bukan saja tampak chic, malah sangat versatil.
Dipadankan pula dengan gaun sundress, memang tak dinafikan gaya selipar ini boleh dibawa ke mana-mana!
Baca: ‘Into the Character’, Penampilan Barisan Pelakon di Tayangan Perdana ‘Wednesday’