Dikenali dengan personaliti ceria, gaya berani dan aura IT girl, EH! mencabar Juju Yahya dengan sesi Rapid Questions, soalan pantas yang mendedahkan sisi peribadi, obsesi terkini dan rahsia di sebalik keyakinannya.
Obsesi ketika ini Juju?
Gym!
Lagu yang sesuai dengan mood Juju Yahya di set?
Move oleh Adam Port.
Sesuatu yang dulu Juju benci tentang diri sendiri tetapi kini suka?
My tan skin.
Perkara yang Juju lakukan untuk mengisi masa ketika menunggu di set penggambaran atau di backstage?
Bersosial dan layan TikTok.
Kempen atau jenama impian?
Levi’s dan Calvin Klein.
Tumit tinggi atau kasut sukan?
Heels more fun!
Runway atau editorial?
Editorial.
Call time: Early bird atau tiba paling lewat?
Sentiasa tiba 15 minit lebih awal.
Runway atau backstage?
Runway dan spotlight.
TikTok atau Instagram?
Tiktok is my 24\7!
Bagaimana Juju Yahya meraikan kejayaan kecil?
Good food always.
Apa yang ada di moodboard Juju Yahya sekarang?
Kebanyakannya reka bentuk kerja hehehe tapi gaya clean girl aesthetic.
Pereka impian untuk Juju Yahya peragakan?
Chanel.
Memori fesyen pertama Juju Yahya?
Pernah ditampilkan di Harper’s Bazaar pada tahun 2023.
Baru atau barangan terpakai (thrifting)?
Thrifting sepanjang masa, girls math!
Satu benda yang sentiasa ada dalam beg?
Berus rambut mini
Lagu yang memberi keyakinan diri?
Confidence oleh Justin Bieber, OG!
Era fesyen kegemaran?
90’s, let’s bring it back.
Satu perkataan yang menggambarkan tenaga Juju Yahya?
Popcorn (take time but burst sweet).
Rancangan yang ditonton berulang kali?
FRIENDS.
Model yang Juju Yahya jadikan inspirasi semasa membesar?
Natalie Prabha.
Ikon gaya?
Kiko Mizuhara dan Nana AFTERSCHOOL.
Risiko fesyen paling berani yang pernah Juju Yahya ambil?
Mix pattern tapi ia cabaran yang menyeronokkan.
Apa yang Juju Yahya pakai bila tiada siapa melihat?
An oversized hoodie with shorts.
Tiga perkataan untuk menggambarkan diri Juju?
Perfectionist, ekstrovert dan gemar mencuba perkara baru.