Zze lahir di Pulau Pinang pada 5 November 2003. Kerjayanya sebagai model bermula sekitar enam tujuh tahun yang lalu. Menjadikan bidang ini sebagai kerjaya sampingan, hari-harinya dipenuhi dengan tugasan sebagai seorang banker. Ikuti temubual ringkas EH! bersama jejaka berbintang Scorpio ini.
Bagi orang yang melihat kamu buat kali pertama di muka depan ini, mungkin boleh diceritakan sedikit tentang diri kamu?
Saya seorang yang fun, dan saya seseorang yang punya cerita yang mahu dikongsikan.
Apakah satu perkara yang orang sering salah faham tentang bidang peragaan?
Orang selalu fikir bidang peragaan adalah satu bidang yang toksik, tetapi tidak lebih-lebih lagi di Malaysia. Kita di sini tak ubah seperti sebuah keluarga, kami rapat dan baik antara satu sama lain. Kami seronok bila dapat berkumpul beramai-ramai.
Apakah saat kamu menyedari bidang ini bukan sekadar impian?
Bila saya sedar yang saya boleh menjadikan orang dalam bidang ini sebagai kawan. Bidang ini juga memberi saya makna dan tujuan kehidupan.
Bagaimanakah fesyen membantu kamu mengenali dan menemui diri sendiri?
Cara saya berfesyen banyak bergantung pada mood dan apa yang saya mahu tunjukkan dari perasaan saya. Jadi secara konklusinya fesyen membantu diri saya untuk memahami apa yang saya rasa.
Adakah kamu berasa paling berkuasa di hadapan kamera atau pada hari-hari biasa?
Not gonna lie, bila tidak bekerja saya lebih berkuasa. I can be louder dan saya boleh menjadi diri sendiri.

Bagaimanakah kamu membawa personaliti diri kamu ke dalam pose atau gaya berjalan kamu?
Not gonna lie, saya hanya perlu rasa saya adalah orang yang paling handsome. Saya jadikan itu sebagai confidence booster.
Apabila tidak bekerja (sebagai model), apa yang membuat kamu lebih ‘real’ atau grounded?
Hari-hari biasa dengan rutin harian meletakkan saya berada di tempat asal saya.
Bagaimanakah kamu kekal yakin apabila kamu sebenarnya bukan berada dalam situasi yang terbaik?
Saya selalu fikir tentang bagaimana dan apa yang saya lalui sebelum ini dan sejauh mana sudah saya capai.
Apa itu cantik bagi kamu?
Keyakinan diri.
Bagaimanakah kamu mengimbangi tekanan media sosial dengan ‘being real’?
Saya tak terkesan dengan media sosial. Saya rasa orang semakin respectful hari ini.
Apakah yang kamu mahu kerjaya peragaan kamu katakan, lebih dari sekadar tampil menarik?
Apa yang boleh saya kata kerjaya saya sebagai model tak ubah seperti patience game. Saya percaya kesabaran akan membawa kita ke sesuatu ‘tempat’ dan tak semua perkara boleh berlangsung mudah.
Apakah detik “I Made It” kamu?
‘I made it’ momen saya adalah apabila orang mengenali saya, bila majalah memanggil untuk penggambaran muka depan atau editorial. I came a long way.
Adakah kami ditemui, atau adakah kamu mencari peluang dan permulaan sendiri?
Saya mencari dan membina jalan saya sendiri dan sepanjang itu ramai orang yang membantu.
Kamu dibesarkan dengan media sosial bagaimana ia membentuk keperibadian?
Saya sebenarnya seorang yang mudah untuk membiasakan diri dengan situasi dan keadaan. Hari ini banyak perkara berlangsung pantas, sama juga dengan perubahan, we keep changing and we keep improving, tapi satu saja harus diingat jangan hilang diri sendiri.
Adakah berada dalam talian sebahagian daripada tugas sekarang, atau adakah kamu mencipta garis atau batas?
Saya tidak meletakkan apa-apa garis atau batas sama ada online atau offline tapi secara semula jadinya kita memang cenderung berkongsi hal-hal yang seronok saja online.
Bagaimana kamu menggunakan platform kamu dan bagaimana kamu melindungi ketenangan diri sendiri?
Bagi saya media sosial adalah platform untuk saya menonjolkan diri saya, apa yang saya mampu lakukan. I’m in peace everyday.

Apakah yang memberi inspirasi kepada gaya kamu, depan dan belakang kamera?
Stail saya bergantung pada mood dan perasaan saya. Buat masa ini biasanya saya senang dengan gaya lazy and comfy.
Apakah sesuatu yang kamu masih belajar dalam bidang ini dan juga kehidupan?
Saya seorang yang melakukan banyak perkara tapi saya mahu fokus kepada satu hal dan kuasainya.
Bagaimana kamu boleh kekal ‘grounded’ apabila segala-galanya terasa pantas?
Saya akan selalu ingat bagaimana dan dari mana saya bermula. Dan saya selalu ingatkan diri yang kita boleh buat apa-apa saja dalam kadar kelajuan kita sendiri, cepat atau lambat akhirnya kita akan dapat capai apa yang kita mahukan selagi kita kekal sabar dan berusaha.
Apakah erti berada di muka depan majalah bagi kamu?
Super happy kerana bagi saya berada di muka depan adalah satu penghargaan dan kerja saya diberi perhatian. It’s really meaningful. Ia juga satu mesej kepada sesiapa saja, dengan kesabaran kita boleh capai apa-apa saja.
Pengarah Kreatif & Penata Gaya: Khairul Abidin, Arahan Seni &Cover Deisgn: Ayoi Fotografi: Edmund Videografi: Zakwan, Pembantu Penataan Gaya: Erdina, Penerbit Kandungan Digital: Farah Ain, Eqa & Erdina, Solekan: Sahir Sabri, Dandanan: Yusof Ruzaimi menggunakan OSIS
BACA:
24 Rapid Questions Bersama Zze
“Media Sosial Buat Saya Sedar Bahawa Saya Tidak Harus Menjadi Orang Lain” – Bidadari