Natalie Portman, wajah rasmi Miss Dior masih terus bertanyakan “What Would You Do For Love?” menerusi edisi terbaru Miss Dior Essence. Sebaris soalan yang menghimpun pelbagai jawapan…
Salah satu sebab saya kata Miss Dior Essence adalah haruman mesti cuba (ada) bulan ini kerana ia direka oleh Francis Kurkdjian. Noktah! Kalau Francis Kurkdjian yang buat, usah diragui. Maestro haruman dunia sekali lagi menerokai dunia aroma ikonik rumah fesyen Paris ini dan kali ini memberi sentuhan yang lebih manis menerusi Miss Dior Essence.
Sarat aroma buah, menggoda, juicy dan boleh jadi cukup sensual. Haruman baharu ini ditakrifkan sebagai satu statement seni pop yang seksi dan nakal. Haruman penuh warna ini begitu memikat, seperti gadis bebas yang berani menggayakan penampilan bertenaga dan skirt mini fuchsia di pentas peragaan Dior.
Sebagaimana Miss Dior yang dijelmakan pada koleksi sedia pakai Dior, begitu juga wangian ini yang berbicara lantang, terus ke jiwa dengan komposisi buah-buahan yang sarat manis, feminin… dan muda!
Bau manis elderflower dan beri hitam mencipta permulaan yang menggoda, dengan sentuhan segar dan berkilau. Jiwa wangian berakar pada bunga jasmin yang setia pada naratif komposisi asal 1947, tetapi kali ini lebih berani, dilapisi buah-buahan segar yang membangkitkan selera, disempurnakan dengan dasar kayu oak gelap yang hangat dan mendalam.
Edisi baharu ini seakan gadis moden hari ini—intens, penuh tumpuan, meninggalkan jejak aroma adiktif yang hiper-feminin. Muncul dalam edisi yang lebih pekat, Miss Dior Essence adalah cermin olfaktori kepada keyakinan feminin.
Objektif Francis Kurkdjian mencipta haruman kebanggan Dior ini dengan bau yang lebih pekat adalah kerana dia mahu seiringkan dengan helaian Miss Dior yang dipersembahkan untuk musim luruh/dingin 2024/25.
Baginya bau versi baharu ini haruslah selantang logonya yang menonjol dalam koleksi ini fesyen Dior. Miss Dior Essence membawa tarikan baharu—lebih yakin, lebih memikat, dan penuh provokasi elegan.Seiring pula dengan inspirasi asal Miss Dior yang didedikasikan buat adinda Mr Christian Dior sendiri, Catherine Dior.
AROMA MANIFESTO
Miss Dior Essence adalah laungan untuk mereka yang berani menyatakan pilihan hidup dengan jelas. Ia memancarkan kekuatan jiwa luar biasa, diwujudkan oleh Francis Kurkdjian dalam kepekatan yang belum pernah dicapai oleh minyak wangi ini. Jasmine sambac kali ini lebih liar dan mewah, manakala kayu oak gelap menambah lapisan sensual yang mendalam. Haruman ini kaya, penuh warna, dengan nota utama blackberry manis yang berpadu dengan elderflower.
Berbuah, gourmand, kayu, floral—seperti manifesto olfaktori yang meninggalkan kesan mendalam, penuh keyakinan. Miss Dior Essence adalah jelmaan Miss Dior yang paling berani, menggabungkan kedalaman sensual dengan keceriaan buah yang hidup.
Lenbih istimewa, botol haruman ini dijelmakan dalam bentuk asal. Penutupnya kini diperbuat daripada kaca mewah, dengan sisi berukir corak houndstooth ikonik Dior. Sebuah penghormatan kepada intipati haruman dan botol yang asal yang diperkenalkan pada tahun 1948.
Bintang utama, Natalie Portman, kembali ke kota cinta—Paris. Dalam korsel zip pahlawan dan but biker tinggi, beliau berlari penuh semangat, berkaki ayam dengan skirt mini, bagaikan ikon rock romantik yang meluap-luap keberaniannya.
Pengarah, Manu Cossu sekali lagi merakam energinya, membawanya dari ruang berkubah indah Perpustakaan Kebangsaan Perancis hingga ke bumbung zink Paris. Natalie Portman memancarkan cahaya dan kekuatan, melambangkan ikon cinta yang berani melaungkan ‘What Would You Do For Love”.
Dapatkan Miss Dior Essence di pautan INI!
BACA: