Emmy Awards bukan sekadar meraikan kejayaan dunia televisyen, tetapi juga pentas fesyen penuh glamor. Tahun 2025, karpet merah sekali lagi menjadi tumpuan dengan selebriti tampil memukau dalam busana elegan, berani dan memikat perhatian.
Seperti biasa, Emmy Awards bukan sahaja meraikan pencapaian terbaik dalam industri televisyen antarabangsa, tetapi juga menjadi pentas fesyen terbesar bagi selebriti dunia. Karpet merah Emmy setiap tahun sentiasa dinanti, kerana di sinilah bintang-bintang Hollywood mempersembahkan gaya paling glamor, elegan, dan penuh karakter.
Tahun ini di Teater Peacock, para bintang tampil dengan gaya penuh tekstur, siluet dan drama. Jahitan kemas, gaun berstruktur, serta sentuhan warna mengejutkan mendominasi malam itu. Namun, penampilan terbaik bukan sahaja menonjol kerana busananya, tetapi juga kerana cara ia menyerlahkan personaliti si pemakai.
Inilah selebriti yang berjaya melakukannya dengan paling bergaya.
Gwendoline Christie

MOTHERR, Pelakon tinggi lampai itu sekali lagi membuktikan dirinya ratu drama karpet merah apabila memilih untuk tidak mengenakan gaun seperti dijangka. Sebaliknya, dia tampil dalam sut krim bersekuin berstruktur. Chic, segak, dan terpotong kemas, gaya ini menggabungkan garis tajam dengan kilauan penuh sofistikasi.
Scarlett Johansson

Scarlett Johansson tampil bak impian klasik di Emmy Awards 2025, mengenakan gaun strapless butter-yellow buatan Prada yang memukau. Fesyen elegan ini diperbuat daripada chiffon sutera dan crêpe, dengan siluet kolum lembut yang menjalar ke lantai. Aksesori ringkas — platform kulit perak dan clutch sepadan — menyempurnakan penampilannya yang bak sinar mentega di bawah kilauan lampu karpet merah.
Nicholas Alexander Chavez

Nicholas Alexander Chavez pula menyerlah di karpet merah Emmy Awards 2025 dalam sut Saint Laurent yang kemas & bergaya — potongan klasik tetapi dengan aura kontemporari yang membuatkan dia kelihatan sophisticated tanpa perlu berlebihan.
Pedro Pascal

Pedro tampil berani dengan sut serba putih dari Celine, digayakan bersama kaca mata hitam berwarna. Gaya monokrom gading mudah sahaja kelihatan hambar, namun potongan tajam sut itu dipadukan dengan aura santai menjadikan penampilannya benar-benar menonjol. Satu pilihan berisiko, segar, dan cukup bergaya tanpa perlu berusaha keras.
Rita Ora

Rita Ora mempesona di karpet merah Emmy Awards 2025 dengan transformasi gaya yang segar. Dia memilih gaun Miu Miu kuning lembut bertrim ivory dengan potongan neckline rendah dan belahan tinggi, dipadankan clutch emas Miu Wander. Rambut perang yang ditata ke atas melengkapkan penampilan, menonjolkan pesona klasik dengan sentuhan moden.
Lisa

Lisa dari BLACKPINK mencuri perhatian dalam gaun Lever Couture yang diperbuat daripada reben tulle merah jambu berstruktur. Dipadankan dengan perhiasan mewah Bvlgari, penampilan itu menghadirkan aura fantasi bak patung, seakan gaya Barbiecore yang diangkat ke tahap couture.
Selena Gomez

Selena hadir dengan aura glamor Old Hollywood dalam gaun merah menyala rekaan khas Louis Vuitton. Dengan potongan tajam dan ekor gaun yang meleret, penampilannya berani namun kekal klasik — persis bintang utama layar perak zaman kegemilangan.
Hunter Scafer

Hunter Schafer hadir dalam rekaan McQueen daripada koleksi Ready-to-Wear Musim Luruh/Sejuk 2025. Menariknya, gaya tersebut diberi sentuhan berbeza daripada versi asal di pentas peragaan, menjadikannya lebih sesuai untuk penghujung musim panas.
Di karpet merah, Schafer anggun dalam gaun maxi magenta dengan potongan halter neck, serta fabrik yang melekap indah pada tubuh.
Halsey

Halsey membawa aura berani ke karpet merah Emmy Awards 2025 dalam gaun panjang Jean Paul Gaultier yang unik dengan tekstur berkilau bak sisik eksotik. Potongan dramatik dan siluet berstruktur menjadikan penampilannya standout, mencerminkan personalitinya yang berani bereksperimen dengan fesyen.
Jenna Ortega

Jenna kini dikenali sebagai antara ikon fesyen paling berani generasinya, dan penampilannya dalam busana Givenchy membuktikan hal itu. Dia menggayakan baju bertatahkan kristal bersama skirt hitam dengan belahan tinggi.
Baca:
Gaya Para Selebriti di MTV VMAs 2025
Gaya Karpet Merah Paling Mencuri Tumpuan di Venice Film Festival 2025