EH! menghubungi jurusolek selebriti terkenal, Ahma Dani untuk bertanyakan pengalamannya merias wajah Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz sempena majlis pernikahannya yang berlangsung di Istana Alam Shah, Klang hari ini. Datin Paduka Seri Afzaa Fadini menyarung persalinan dari Adila Long dan rambutnya didandan, Ckay Liow.
Apa perasaan Dani apabila dipilih untuk menyolek Cik Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz?
Awalnya mestilah saya rasa teruja dan gembira sebab dipilih untuk merias Datin Paduka Seri Afzaa. Dalam masa yang sama ada perasaan berdebaryang mana majlis ini tentunya akan mendapat perhatian dan liputan.
Apakah highlight pada solekan Datin Paduka Seri Afzaa Fadini di majlis pernikahannya?
Berdasarkan perbincangan kami, beliau mahukan sentuhan yang masih kelihatan seperti dirinya, tidak nampak terlalu berubah. Datin Paduka Seri Afzaa mahukan sesuatu yang lembut dan natural sesuai dengan acara dan lokasi majlis berlangsung. Cukup sekadar naik seri, the best version of her.
Dani ada lakukan sebarang ‘makeup trial’ sebelum majlis pernikahanDatin Paduka Seri Afzaa Fadini?
Kami adakan sesi makeup trial satu kali saja yang mana sesi ini lebih kepada perbincangan agar saya tahu apa yang dia mahu dan mencari apa yang sesuai.
Misalnya Datin Paduka Seri Afzaa sukakan eye liner, jadi saya minta beliau tunjukkan gambar beliau dengan solekan eye liner. Sebabnya, imaginasi dan tafsiran kita mungkin berbeza. Kami berbincang pemilhan warna gincu, pembayang mata dan pemerah pipi. Begitu juga dengan kompleksi kulit, mulanya kami mencuba kemasan pusam (matte), tapi nampak terlalu bersolek. Jadi kami memilih untuk natural finishing.

Apabila menyolek pengantin, apa yang Dani titik beratkan?
Saya memang akan memberi fokus pada asas solekan dan overall finishing. Apa yang saya pilih itu mestilah sesuai dengan kondisi dan tekstur kulit pengantin. Pemilihan warna juga penting.
Biasanya untuk solekan pengantin, Dani akan cadangkan beberapa look, atau Dani mengikut reference yang pengantin berikan?
Sejujurnya, kebanyakan bakal pengantin yang datang sudah tahu look apa yang mereka mahu. Mereka sendiri dah study stail solekan saya, jadi rata-ratanya memang mahukan sesuatu yang nampak semula jadi, cukup nampak glowing tanpa solekan yang terlalu berwarna atau tebal. Saya suka berbual dengan klien, jadi saya tahu apa yang mereka mahu dan saya sendiri boleh beri idea yang sesuai.
Apakah persedian yang harus dilakukan bakal pengantin dalam hal penjagaan kulit sebulan sebelum majlis?
Berikan perhatian pada penghidratan, pastikan kulit sentiasa lembap. Selain memakai pelembap setiap hari, boleh juga gunakan sheet mask paling kurang tiga kali seminggu. Usah cuba-cuba produk baru atau ubah rejim penjagaan kulit. Jika mahu membuat rawatan kulit, usah pilih yang mempunyai downtime yang lama.

Dani juga pernah menyolek Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah. Boleh ceritakan sedikit pengalaman merias beliau?
Perasaan gemuruh semestinya, dalam masa yang sama gembira bila kita diberi peluang untuk menyolek seseorang yang berkedudukan tinggi (high profile). Ini juga salah satu highlight dalam karier saya. Yang Mulia Dayang Anisha seorang yang ringkas dan dia juga tak mahu solekan yang menggunakan banyak produk. Dia sukakan pemerah pipi tapi tak terlalu tebal. Dia sukakan penggaris mata biru, digariskan di waterline mata.
BACA: Kenali Cik Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz, Bakal Isteri Raja Muda Selangor