Sempena musim percutian, banyak jenama mengeluarkan set hadiah ideal untuk orang yang istimewa dalam hidup anda.
Tiada yang lebih bermakna apabila menerima hadiah daripada insan tersayang. Sudah menjadi tradisi kala di hujung tahun, pasti anda akan meraikan momen percutian bersama ahli keluarga atau teman terdekat. Tingkatkan level pemberian hadiah anda dengan menjadikan Sephora destinasi utama membeli-belah!
Tidak kira umur, jantina atau fasa dalam kehidupan anda, semua orang berhak untuk kelihatan dan berasa cantik, sama ada set penjagaan kulit untuk ibu, kit solek untuk teman yang baru dalam dunia kecantikan atau sesuatu istimewa untuk diri anda sendiri. Di sini EH! menyajikan set hadiah ideal untuk anda!
Oribe Holiday Collection with Kustaa Saksi
Kerjasama tahunan Oribe meraikan kehalusan seni dan kreativiti. Setiap tahun, jenama ini bergabung dengan para artisan dan pembuat dari pelbagai latar untuk berkongsi inspirasi dan kepakaran mereka. Musim percutian ini, Oribe menampilkan kolaborasi istimewa bersama artis multidisiplin dari Finland, Kustaa Saksi, sebagai simbol penghargaan terhadap seni dan keindahan pertukangan.
YSL Advent Calendar Holiday 2025
YSL Beauty menyalurkan semangat glamor dengan kalendar advent eksklusif yang diinspirasikan daripada kotak barang kemas mewah. Disaluti kilauan emas dan dihiasi emblem ikonik Cassandre, kalendar ini menampilkan koleksi terpilih daripada produk paling dikenali YSL.
Benefit Advent Calender
Benefit menghadirkan versi kalendar advent yang ceria dan praktikal, menampilkan 24 hari kejutan solekan kegemaran. Di dalamnya terdapat produk bersaiz penuh seperti BADgal BANG! Mascara, Benetint, dan 24-HR Brow Setter, bersama versi mini Hoola Bronzer, The POREfessional Primer, dan Roller Lash.
Kalendar ini menambahkan sentuhan warna-warni dan menyeronokkan pada musim perayaan — sesuai untuk dihadiahkan yang ingin mencuba dan menemui produk baharu kegemaran.
Kiehl’s
Kiehl’s meraikan musim perayaan dengan kalendar advent 24 hari yang ceria, menampilkan koleksi penjagaan kulit ikonik jenama ini. Direka dengan sentuhan klasik dan penuh keceriaan, kalendar ini mencerminkan warisan apotekari Kiehl’s yang tersohor. Pilihan ideal untuk mereka yang ingin memanjakan diri dan menyambut tahun baharu dengan penuh gaya serta kesegaran.
Harga: RM585
Baca:
Pinktober, Ini 5 Produk Berona Merah Jambu Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara
Momen Kecantikan Terbaik dari Minggu Fesyen Musim Bunga/Panas 2026
Ini 10 Produk Khir Khalid & Juno Ko Gunakan Merias Dayang Nurfaizah