Direka pada tahun 1993 oleh Philippe Cassegrain, Le Pliage® antara tas tangan yang terus menjadi menjadi ikon global sehingga ke hari ini!
Le Pliage, tas tangan ikonik pelbagai saiz dari Longchamp memang punya kelompok peminatnya sendiri. Inilah antara beg tangan terkenal yang bukan saja dikenali dengan gaya rupanya malah versatilitinya. Dek kerana datang dalam pelbagai saiz serta rekaan yang ringkas, maka ia amatlah popular, sesuai digayakan baik perempuan mahupun lelaki.
Bulan ini Le Pliage hadir dengan My Pliage Signature yang mana Longchamp memberi peluang untuk anda customize atau personalize sendiri gaya dan rupa beg Le Pliage anda dengan berkreatif mengikut cita rasa anda sendiri. Peluang ini membolehkan setiap individu mencipta beg yang benar-benar mencerminkan keinginan dan gaya peribadi mereka.
My Pliage Signature merupakan platform eksklusif dalam talian yang berfungsi sebagai ruang kreatif yang memberi kebebasan untuk menghidupkan imaginasi, memberi peluang kepada semua untuk mereka beg yang sesuai dengan gaya dan personaliti masing-masing.
Tawaran ini merangkumi pelbagai format, daripada beg perjalanan hingga tote, tas tangan mini hingga sarung komputer riba atau tablet. Pilihan warna yang bervariasi daripada rona klasik yang malar segar hingga warna musim terkini, My Pliage Signature adalah kanvas untuk kreativiti, diserikan dengan corak eksklusif seperti jalur dan hati.

Setiap perincian boleh disesuaikan seperti pilihan initial dalam pelbagai gaya, trim kulit, serta perincian logam dalam beberapa kemasan bagi sentuhan elegan yang sempurna. Pada flap beg, teknik hot-stamping menyerlahkan kemahiran kulit Longchamp, manakala di bahagian dalam, mesej cetakan seperti “Always with you”, “A star is born, Zoe 2025” atau “Dare to dream” menambah sentuhan peribadi yang istimewa. Anda boleh klik laman sesawang LONGCHAMP untuk personalize My Pliage Signature.
Seiring dengan komitmen terhadap kelestarian (sustainability), setiap beg My Pliage Signature dihasilkan mengikut pesanan di bengkel Longchamp di Segré, Perancis. Bahan yang digunakan ialah 100 peratus poliester kitar semula yang diperoleh daripada botol plastik terpakai. Teknologi cetakan sublimasi yang digunakan bukan sahaja mesra alam, tetapi juga memastikan warna kekal terang dan corak lebih jelas serta tahan lama.
Direka oleh Philippe Cassegrain 32 tahun dahulu, Le Pliage® diinspirasikan oleh seni origami Jepun, beg lipat yang ringan, praktikal dan moden ini telah melambangkan semangat unik Longchamp. Kini, dengan My Pliage Signature, Le Pliage® kembali bernafas baharu, penuh keceriaan, inovatif, grafik, berani dan mesra alam lantas menjadikannya cerminan sebenar identiti yang unik.




