“Walaupun pada hari paling sejuk, wanita Longchamp tetap berani bereksperimen—warna, tekstur, glitter, sekuin. Setiap momen adalah peluang untuk tampil lebih bold, lebih bersinar.” – Sophie Delafontaine, Pengarah Kreatif Longchamp.
Musim bunga sering dikaitkan dengan harapan baharu dan buat para pencinta gaya, segalanya bermula dengan lemari pakaian yang diberi nafas segar. Longchamp melalui koleksi “Slide in Style” mengajak anda meluncur masuk ke musim ini dengan keanggunan yang effortless.
Walaupun sisa dingin musim sejuk masih membaluti udara, detik manis di gelanggang ais terbuka tetap menjadi ruang untuk bergaya. Bayangkan—kilauan permukaan ais, tawa bersama insan tersayang, dan gaya chic yang tetap memukau walaupun suhu menusuk.
Untuk momen santai, tangan dihangatkan dengan coklat panas sambil tubuh diselimuti soft knits yang empuk dan selesa. Melengkapi suasana ini ialah Le Pliage Cocooning, koleksi aksesori versatil dengan sentuhan warna pistachio dan coral yang segar, manis, dan penuh nostalgia.
Apabila sesi berputar di atas ais berakhir, transformasi pun bermula. Menjelang malam, tekstur satin, kilau metalik dan skirt berlabuci mengambil alih. Palet merah pekat, emas, dan sekuin glam mencipta aura dramatik, menjadikan peralihan daripada arena ais ke pentas malam tampak effortless namun tetap memikat.
Musim bunga 2026 menyaksikan sekali lagi bagaimana Longchamp membuktikan bahawa gaya bukan hanya tentang helaian pakaian—ia adalah ekspresi diri, keyakinan, dan cara meraikan setiap detik.
Baca: Peluang ‘Design’ Sendiri Beg Longchamp Anda Menerusi My Pliage Signature













